Bergaduh dan Ego Diri Sendiri

Assalamualaikum.



🌸Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang pelanggan tetap akan lari.

🌸 Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.

🌸 Kalau kita bergaduh dengan bos, walaupun kita menang tiada lagi masa hadapan di tempat itu. 

🌸Kalau kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang hubungan kekeluargaan akan renggang. 

🌸 Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang keberkatan dan kemesraan akan hilang.

🌸Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang pasti akan kekurangan kawan.

🌸Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang perasaan sayang tetap akan terguris. 

🌸Kalau kita bergaduh dengan sesiapa pun, walaupun kita menang kita tetap kalah.


Ini kerana yang menang cuma ego diri sendiri. 
Dan perkara yang paling susah ialah mengalahkan ego diri sendiri.


Bergaduh dan Ego Diri Sendiri Reviewed by Ana Suhana on February 11, 2017 Rating: 5

29 comments:

  1. Kalau menangpun, tapi lepastu mesti jiwa kita tak tenang. Sebab yang menang bukanlah diri kita, tapi cuma ego.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Lepas tu rasa menyesal pun datang 😅

      Delete
  2. singgah sini baca entry dan klik tabung :D

    SEMUANYA ATAS HATI DAN DIRI..

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan entry ni kak.. Lawan la macam mana pun, mesti terjejas emosi sedikit sebanyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Especially dengan keluarga sendiri. Menyesal tak sudah lepas tu 😅

      Delete
  4. hee~ kalau bergaduh dengan anak-anak, mak la kena mengalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul. Dorang bukan tau apa pun. Sabar jer lah. 😅

      Delete
  5. Apa gunanya menang kalau yang menang tu ialah ego kita. dalam hidup ni tak boleh ego sangat. Kalau salah, mengaku salah. banyak hati-hati yang perlu dijaga dan jangan sebab ego kita hilang banyak benda sekeliling kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said. Kak Ana setuju sangat. Ego ni kadang2 kita perlu rendahkan sikit demi menjaga sesuatu hubungan 👍

      Delete
  6. sabarlahh . pelanggan tu permata kita . hahhahaa . jom masuk blog aril . aril ade entri baru ..

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat, kalau ikutkan ego diri sentiasa nak menang, tanpa kita sedar kemenangan itu tak memberi apa manfaat kecuali kepuasan diri sendiri semata-mata. Yang musnahnya, hubungan kita dengan semua yang disekeliling , retak.

    Cubalah bertoleransi. dan selalu berbincang. Elakkan pergaduhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mai. Kak Ana setuju sangat. Kita ni hidup bersaudara. Nak tak nak kita tak boleh hidup sorang2. Kena lah pandai jaga adab masing-masing. 😘

      Delete
  8. Assalamualaikum Ana Suhana,

    Memang benar apa yang dinyatakan dalam post ini..
    Jadi elakkan pergaduhan.. Andai ada tak puas hati, saya akan berdiam diri.. Bila hati tengah panas, macam-macam boleh keluar dari mulut..

    Nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang hebat ialah orang yang berdiam saat dia marah. Kagum Ana dengan Lz. Terima kasih atas pesanan Lz. 😘

      Delete
  9. Wkmsalam.
    Sebab tu jangan gaduh2
    Istifar banyak2 kalau diuji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita ni sepatutnya makin berusia makin matang bukan makin kebudak-budakan. Orang sekarang emosi mengatasi kewarasan. 😅

      Delete
  10. selagi kita letakkan ego di tempat paling atas. habis la semuanya. ego mmg susah nak bendung, tp kita mampu atasi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar merendah diri. Baru hidup bahagia. Kalau kita jer yang betul, orang pun menjauhkan diri. 😁

      Delete
  11. Secara konklusinya,

    Gaduh ni sebenarnya tak bagus. Tak mendatangkan kebaikan pun untuk siapa siapa. Yang kita dapat ialah RUGI je. Hehehe.

    Best regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Bila dah rugi baru nak menyesal. Nak minta maaf, ego pulak tinggi. 😅

      Delete
  12. setuju dengan perkongsian ini.. Tetapi kadang2 kita kena bergaduh untuk menegakkan pendirian kita.. Terpulang pada penerimaan masing-masing.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan apa yang di tegakkan memberi faedah kepada semua InsyaAllah 😘

      Delete
  13. btl juga kan .. ego sntiasa di depan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ego tu kena letak pada tempat yang betul la kan ju. baru bahagia hidup :)

      Delete
  14. Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua InsyaAllah.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.