Bercuti di Sabah : Desa Cattle Dairy Farm
Assalamualaikum.
Hari Ke-3 Bahagian 1:
Hari terakhir di Sabah sis pergi ke Desa Cattle Dairy Farm. Tapi sebelum tu sis singgah di Pekan Kundasang untuk bersarapan. Dekat pekan ni ada juga war memorial tapi sis tak sempat nak masuk sebab kejar masa nak balik semula ke Kota Kinabalu. Rugi pulak rasanya.
Dari pekan Kundasang ke Desa Cattle Dairy Farm dalam 10 minit jer. Tiket masuk untuk dewasa berharga Rm5 seorang.
Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu, Desa Cattle merupakan tempat yang sangat tepat untuk menyaksikan keindahan Gunung Kinabalu dan menjadi spot untuk bergambar. Tapi macam semalam, kabus tebal juga hari ni. So tak nampaklah gunung tu secara jelas. Cuaca pun sejuk sesedap rasa. Selesa sangat.
Dekat sini jugak kita berpeluang untuk memberi minum susu kepada anak-anak lembu yang berada di dalam kandang. Seronok pulak rasanya.
Sebelum balik make sure korang beli dan rasa susu dan aiskrim dekat sini. Memang fresh. Sis yang hantu susu ni pun jatuh cinta dengan susu coklat dekat sini. Sedap sangat. Aiskrim pun sedap jugak. Cuma kena beratur panjang lah. Sourvenir pun ada di jual. Jangan lupa beli untuk kenang-kenangan.
Bercuti di Sabah : Desa Cattle Dairy Farm
Reviewed by Ana Suhana
on
February 03, 2017
Rating:
Mesti cuaca kat situ sejuk dan fresh.
ReplyDeleteTak puas tengok gambar lembunya.
Sejuk sesedap rasa. Selesa sangat. Lembu jauh2 la dear. Rasanya tak boleh masuk ke dalam pagar tu. So sis amik gambar dari jauh jer. 😀
Deletelawanya view dia kak.
ReplyDeleteAah lawa Hannan view dekat sini. Sejuk mata memandang. Segar jer rasa. 😘
Deletedatang KK kalau tak sampai ke sini memang rugi..
ReplyDeleteSebab utama sis ke Sabah ialah untuk ke sini.. Alhamdulillah tercapai jugak 😘
Deletepernah pergi masa mengandungkan Adam..mmg best sangat duk kundasang tu..yg tak best jauh nak kena pergi dari KK..huhu..jalan pun simpang-siur kan..
ReplyDeleteMemang best kan dekat Kundasang ni. Memang tak puas pergi 3 hari tu. Rasa terkejar2 jer. 😅
DeleteTapi Ana rasa better lagi jalan dekat sini berbanding dengan Cameron. Cuma kalau dah ada lori dekat depan boleh muntah hijau 😲
View dia.. Tenang betul.. Tak penah lagi pergi Sabah.. Insya-Allah soon kot.. hehe
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki awak ke sini dear 😘
DeleteBetul. Malaysia pun banyak tempat menarik. Sebab tu Malaysia truly asia.😀
ReplyDeleteBestnya ! waaa..lg2 aiskrim yg last tuh
ReplyDeleteSedap aiskrim tu.Mana nak cari kat KL ni. Hehe
DeleteBestnyaaa jalan2 kundasang. saya yg memang duduk di kk pun dah lama tak pegi kundasang sis. hahah
ReplyDeleteWah bestnya duduk KK. Banyak tempat menarik dekat sana untuk di explore. Kalau dekat sini nak sejuk kena pergi Cameron. Hehe
Deletein Shaa Allah satu hari nanti Elsa nak sampai ke sini jugak!
ReplyDeleteInsyaAllah. Mudah-mudahan sampai Elsa ke Sabah. 😘
DeleteBestnyaaaaaaaa ana!! Suka sangat Sabah! Cantik sungguh viewnya.. teringin nak ke sini jugak.. hehe.. one day, insyallah :)
ReplyDeleteSabah memang cantik Siqah. Banyak tempat boleh explore. Sempat dengan tak sempat je. InsyaAllah nanti sampai rezeki Siqah dekat sini. 😘
DeleteInsyallah 😘
DeleteKalau buat trip ke Sabah,
ReplyDeletetak sah kalau tak singgah sini.
Betul tu WP. Tempat wajib pergi kalau dah sampai di KK. 👍
Deletebestnyaaaaa. plus cantik sngt2. busyra tak sampai lg ke sini..
ReplyDeleteInsyaAllah sampai rezeki Busyra dekat sini. Sis doakan ❤
DeleteSaya pun penggemar susu. Bestnyaaa. Ais kriom tu pun nampak menggoda. Hihi
ReplyDeleteNanti sampai rezeki Ana ke sini mesti cuba susu coklat tau. Serius sedap 😘
DeleteCantiknya permandangan kat situ,macam Australia. Tiket pun murah, rugi kalau tak explore Malaysia ni.
ReplyDeleteMai, nanti boleh honeymoon dekat sini. Ala-ala NZ. Banyak tempat penginapan yang cun2 skrg ni. 😘
DeleteTempat idaman kalbu nie..
ReplyDeleteSha, insyaAllah nanti sampai rezeki Sha dekat sini. Ana doakan 😘
Delete