Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Suria Hot Spring Resort, Bentong
Assalamualaikum.
** Update : Suria Hot Spring Resort kini di kenali sebagai Erya Hot Spring Resort ( bermula 2017)
** Update : Suria Hot Spring Resort kini di kenali sebagai Erya Hot Spring Resort ( bermula 2017)
Weekend holiday sis di teruskan dari Colmar Tropicale Bukit Tinggi ke Suria Hot Spring Resort yang terletak di daerah Bentong. Sebelum nie sis tak tahu pun ada resort yang ada hot spring dekat dengan KL sampailah En Suami jumpa dalam Instagram. Tetiba pulak dia pandai guna Instagram. Padahal sebelum nie Id dengan password sendiri pun dia tak tahu. Haha.
Di sebabkan Suria Hot Spring Resort nie hanya 40 minit perjalanan dari Selayang so dengan laju nya sis setuju untuk ber'weekend holiday' di sini. Kebetulan tarikh sis nak pergi tue ada satu kekosongan. So cepat-cepat en suami booked. Memang laku keras tau resort nie korang sebab banyak syarikat dan organisasi datang berkursus di sini. Kebetulan time sis check in dekat sana team UKM dan PAS tengah berkursus. Semua bilik dan unit bungalow "sold out".
Entrance Suria Hot Spring Resort. Kredit sini |
Check in time |
View 2 kolam air panas dari bilik |
Bilik bertiga yang sangat selesa |
Semua fasiliti asas ada di sediakan |
Kolam renang kanak-kanak. Bilik sis di bangunan belakang tue |
Kolam orang dewasa |
Layan si kenit yang banyak tanya |
Cetek jer kolam untuk kanak-kanak. Tapi still kena pantau. |
Sementara tunggu bekas atas tue penuh air kita wefie dulu |
Kolam air panas 1. Yang nie suhu dia rendah sikit. |
Esoknya lepas breakfast kitorang berendam lagi sekali. Bagi Syafi main puas-puas.
Muka tak mandi |
Nak mandi dekat kolam dewasa jer. Penat nak kena pegang. |
Dalam pukul 11 macam tue sis dah check out sebab nak elak bersesak dekat kaunter. En Suami dah bagi hint nak datang lagi. Sis pun ok jer lah as long dia yang bayar. Haha. So korang kalau tak tahu nak ke mana hujung-hujung minggu boleh lah ke sini. Tapi macam sis cakap selalu fully booked. So pandai-pandailah godek setiap website yang ada.
Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Suria Hot Spring Resort, Bentong
Reviewed by Ana Suhana
on
January 24, 2017
Rating:
bestnya kolam suria hotspring resort tu... Ni yang ada contest Suria Resort haritu kan?
ReplyDeleteAah Mai. Nie salah satu resort Suria Resort & Hotel. Best bila dapat berendam dalam air panas tue 😀
Deletecuti sakan dik Ana ni...sejuk2 ni mcm skrg ni best bercuti kat tempat2 mcm ni...
ReplyDeletecuti tahun lepas nie kak. baru nak post. hehe
DeleteKalau ada bdk2 kecik memang best pegi tmpat ada kolam. Excited dia lain macam! :D
ReplyDeleteJangan kata budak jer, mak bapak budak pun sama excited. hehe ;p
DeleteBestnya..besar kolam dia..makanan dia pun nampak tempting sangat!!
ReplyDeleteBesar juga kolam di sini. Sebelah menyebelah je antara kolam kanak2 dan dewasa. Makanan pun boleh tahan 😊
DeleteMenariknya tempat ni! Jauh tak dari colmar tropicale tu?
ReplyDeleteMenariknya tempat ni! Jauh tak dari colmar tropicale tu?
ReplyDeleteNak tanya lah...Room service TU bayar masa nak check out ke time dia hantar makanan tu juga?
ReplyDeleteBayar masa tu juga Encik.
Delete