Bercuti ke Korea : Muree Muslim Food Itaewon
Muree Muslim Food Itaewon |Assalamualaikum. Lepas kisah sebabak yang berlaku siang tadi membawa ke waktu petang, perut masing-masing dah berkeroncong teruk. Untuk makan malam sis ke Itaewon. Itaewon merupakan satu kawasan yang terdapat banyak mini mart dan restoran halal. So senang lah nak pilih mana-mana restoran halal tanpa was-was. Dekat sini kebanyakkannya orang Pakistan. Nampak jer kita mereka akan bagi salam. Seronok tau perasaan tue.
Korea Hari Ke-6 Bahagian 2
Sebelum ke restoran Muree, sis dah masuk ke restoran Siti Sarah terlebih dahulu sebab tertarik dengan menu dia yang pelbagai (indonesia / korea / egypt). Sekali bila masuk dan minta menu yang ada hanya nasi goreng, kebab dan a few menu lagi. Korean food langsung takde. Plus keadaan kedai yang tak selesa. So sis decide pergi ke restoran lain. Kebetulan time tue ada satu couple dari Malaysia masuk ke restoran nie so sis bagi menu ke dia sebelum keluar.
Tengah-tengah jalan nak cari restoran lain nampak satu pasangan makcik pakcik dari Malaysia (to be exact from Kedah) tengah duduk berehat. Sis pun bagi salam dan tegur-tegur mereka. Tengah tunggu anak-anak yang pergi ke masjid katanya. Mereka tak larat nak pergi sebab jalan dekat sini berbukit. (Sebenarnya ramai je orang kita dekat Itaewon nie. Yang friendly senyum lah ke kita. Kalau tak kita senyum pun tak berbalas. Huhu.)
Sumber sini |
Sumber sini |
Muree Muslim Food nie kena jalan sikit jer dari restoran Siti Sarah tadi. Tengok tak ramai orang sis pun masuk. Baru jer melangkah masuk dah di sambut mesra oleh staff dekat sini. So much better dari keadaan Siti Sarah tadi. Keadaan kedai nie pun bersih dan tenang serta tertutup.
Ramai jugak orang Malaysia makan dekat sini. Menu dekat sini ada menu Korea dan briani. Time tengah tunggu makanan sampai, sis perasan couple yang sis bagi menu dekat Siti Sarah tue pun masuk ke sini. Sis tegur dorang tanya kenapa datang sini jugak. Jawapan dia sama macam sis bagitau kat atas tadi. Tapi dorang siap kena marah lagi sebab tak jadi makan sana. Haha.
Muree Muslim Food Itaewon |
Muree Muslim Food Itaewon |
Muree Muslim Food Itaewon |
Beef bulgogi. Ada nasi, sup bulgogi, banchan dan seaweed. |
Bibimbap. |
Seoul Central Mosque |
Seoul Central Mosque |
Seoul Central Mosque |
Memandangkan badan pun dah letih sis terus balik ke Gh. Nak rest puas-puas untuk aktiviti esok yang tak berapa nak cun.
Bercuti ke Korea : Muree Muslim Food Itaewon
Reviewed by Ana Suhana
on
January 12, 2017
Rating:
Korea ni dah sangat fofular utk org Msia..toleh kiri..toleh kanan..toleh belakang..toleh depan nampak org kita mostly..hehe
ReplyDeleteBetul kak. Dekat seoul senang jumpe org kita. Time ana g Jeju tak jumpa sorang pun. Huhu
DeleteI just went to korea last week. we might have met. hahaha
ReplyDeleteHi rasya. I went to korea last oct dear. Now only i have time to post about the trip. :D
DeleteTak pernah lagi p korea..teringin jgk
ReplyDeletespitoutkata.blogspot.com
InsyaAllah sampai rezeki awak ke Korea. Sis umur 30 baru dpt pergi. Hehe
DeleteTeringiñ sgt nak pegi..moga ada rezeki saya nnt
ReplyDeleteAlahai.. bilalah nak berpeluang ke sini.. hehehe
ReplyDelete