Island Hopping di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Tunku Abdul Rahman National Park
Island Hopping di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Tunku Abdul Rahman National Park | Assalamualaikum. Sabah merupakan salah satu destinasi impian sis sejak dulu lagi. Siapa tak nak jejak kaki ke New Zealand Malaysia ni kan. Alhamdulillah impian sis nie tercapai tahun lepas bila dapat pergi ke sana dengan family mertua. Memang excited sangat-sangat.
Island Hopping di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Tunku Abdul Rahman National Park
Flight hari tu dari KLIA ialah papukul 6.50 pagi. So seawal pukul 4.30 pagi kami dah gerak dari rumah. Tu pun agak rushing sebab kena beratur nak check in luggage semua. Lepas solat subuh terus boarding. Penerbangan memakan masa selama 2.5 jam jer dari KLIA 2.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Sepanjang 3 hari dekat Kota Kinabalu ni sis sewa sebuah urvan van. Harga sewa sehari ialah RM250. Urvan van ni boleh memuatkan kami seramai 9 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Proses pick up dan delivery van sis set di airport je. So senang cerita.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Sampai-sampai jer di Kota Kinabalu sis ke hotel dulu untuk drop semua beg. Bahaya kalau letak beg dalam van je kan. Takut orang pecah van pula nanti. Dah selesai drop semua beg, jom lah kita mulakan dengan aktiviti Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park. Dari hotel sis terus ke The Jesselton Point. Dalam 10 minit perjalanan macam tu je.
Harga Tiket Bot
First thing first, kena beli tiket. Jangan risau pada yang first time macam sis. Sebabnya dekat The Jesselton Point ni ada banyak kaunter yang jual tiket untuk island hopping. Tinggal nak pilih pakej yang mana kita nak. Kebanyakkan kaunter offer pakej yang lebih kurang sama je. Lepas survey sis ke kaunter no 10 iaitu kaunter Island Hop Express.
Harga tiket dewasa :
RM23 (1 pulau) / RM33 (2 pulau) /
RM43 (3 pulau) / RM53 (4 pulau)
Harga tiket kanak-kanak:
RM18 (1 pulau) / RM23 (2 pulau) /
RM28 (3 pulau) / RM33 (4 pulau)
Kalau korang pergi ramai-ramai macam sis ni sis cadangkan korang chartered satu bot terus. Memang jimat banyak. Satu bot tak sampai RM200. Tak kisah berapa pulau kita nak pergi. Yang bestnya masa perjalanan dari satu pulau ke satu pulau ikut masa kita.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Oh ya selain dari harga bot, kita juga dikenakan untuk membayar terminal fee. Seorang RM7.63 untuk dewasa dan RM3.82 untuk kanak-kanak.
Untuk kali ni sis hanya pergi ke 2 pulau sahaja sebab based on survey rata-rata kata cukup pergi 2 pulau saja. So sis pilih ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Sebelum naik bot, sis sewa dulu life jacket dan snorkel dekat jeti. Harga satu set life jacket dan snorkel tu ialah RM15. Sis sewa 4 set je. Gilir-gilir pakai nanti. Tujuan sis sewa ni untuk aktiviti snorkeling dekat pulau nanti.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Perjalanan dari jeti ke Pulau Sapi hanya 15 minit saja. Bukan main syok layan angin laut. Pemandangan pun tenang je. Tapi bila melambung di pukul ombak, cuak juga lah. Lagi-lagi sis yang pegang Syafi tu. Keselamatan dia je sis pikirkan.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bila sampai dekat Pulau Sapi, kita kena bayar sekali lagi tapi untuk yuran konservasi. Sekali bayar je walau kita plan untuk ke beberapa pulau. Yuran konservasi tu RM3 seorang dewasa dan kanak-kanak.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Dekat Pulau Sapi ni sis spend dalam 2 jam. MasyaAllah memang sangat cantik view dekat sini. Aktiviti wajib for sure snorkeling. Snorkeling dekat tepi-tepi pantai je. Air laut membiru dan jernih. Boleh nampak ikan berkeliaran dalam air laut tu. Seronok sangat.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Lepas 2 jam di Pulau Sapi, sis meneruskan perjalanan ke Pulau Manukan. Pulau Manukan hanya 5 minit je dari Pulau Sapi. Tapi masa ni ombak tengah kuat. Memang melambung-lambung dibuatnya. Siap terjerit-jerit juga lah sis. Hehe.
Di Pulau Manukan ni tak ramai orang sebabnya masa tu bukan season untuk snorkeling di sini. Jadi ramai pelancong ke Pulau Sapi. Sis hanya bergambar je di sini. Cantik pemandangan dekat sini. Ada satu resort mewah di Pulau Manukan ni tau. Harga jangan tanya. Hehe.
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park |
Selesai puas bergambar tiba masanya untuk pulang ke The Jesselton Point. Walau hanya 2 pulau tapi terasa keletihan juga. Dengan cuaca yang agak terik turut menyumbang rasa penat tu. Apa-apa pun island hopping di Tunku Abdul Rahman Park ni merupakan salah satu pengalaman indah buat sis sekeluarga.
** Pulau Sapi memang sangat cantik tapi sayang nya washroom tak berapa nak best. Masa sis ke sini wahsroom dia sangat kotor dan berbau. Maybe sebab peak season so orang ramai kan. Bila dah ramai orang tu faham-faham lah.
Island Hopping di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Tunku Abdul Rahman National Park
Reviewed by Ana Suhana
on
January 26, 2017
Rating:
wowww.. bestnya sis.. ni mmg wishlist sy jugak utk ke sabah ni.. x sabar nak tunggu entry seterusnya.. hihi
ReplyDeleteSamalah kita. Tak puas pergi 3 hari sebab tak dapat nak cover banyak tempat. Huhu. Kenta repeat lagi sekali nie. =)
DeleteKalau dah suka, masa terasa cepat berlalu
ReplyDelete.
😃 Memang bagus bermusafir dan lihat alam ciptaan Allah
..
Ada banyak pengajaran boleh kita belajar sepanjang musafir
..
😃 Makanan kat sabah ni kurang kena dengan tekak maznee.
.
Tue salah satu tujuan Ana travel. Nak tgk keindahan alam ciptaan Allah. Mudah2an boleh dekatkan lagi diri denganNya.
DeleteSo far Ana ok jer makanan dekat sana. Maybe sebab makan seafood jer kot. :)
Ju sdiri yg mnetap kat kk pun rasa xpuas pegi ari tu pulau sapi, xsemoat juga zipline sb sbuk hiking bukit hahah. Insyallah nnti pegi lagi kat saana =D
ReplyDeleteTandas xbersih ke ?? kebetulan ju masuk bersih, mungkin masa tu ramai org sgt kot, cleaner xchecking
Tue lah. Kecewa sikit tak dapat naik zipline tue. Kalau ada rezeki boleh try lain kali.
DeleteAah tima ana tue tak bersih langsung. Betul kata Ju maybe sebab cuti sek org ramai. Tourist pun ramai time tue. Masing2 dah guna tak reti nak bersihkan kot. 😅
Alahai.. Washroom memang penting kan Ana..
ReplyDeletekalau tak terjaga memang tak best..
Tapi cantiklah air laut yang membiru tu..
Bilalah nak ke sabah..
Sangat penting. Maybe sebab time tue peak season ramai sangat orang guna.
DeleteInsyaAllah nanti ada tiket promo boleh lah pergi Sha =)
bestnya kena sponsor..hihi
ReplyDeleteHehe. Sekali sekala tue. Alhamdulillah =D
Deletemacam best!! baru sekali jejak kaki dekat Sabah tapi tak pernah p mana2 pulau lagi
ReplyDeleteYg nie dekat bandar KK jer dear. Tapi yang lagi lawa dekat bohey dulang tue. Tak tau bila dapat g sana pulak. Hehe
DeleteAlhamdulillah..untung Ana dapat sponsorship gi Sabah..waaa cuma Sabah jer lagi belum dijejaki...huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah kak. Rezeki Allah bagi. InsyaAllah nanti sampai rezeki akak pulak ye. Ana tinggal sarawak je tak jejak lagi nie. Hehe
DeleteCantiknyaaa Pulau Sapi 😍 teringin betul siqah nak pergi Sabah. One of my wishlist. Sabah banyak tempat menarik terutama pantai dan seafood kan :) Lagi syok bila ada sponsorship FIL. Hehe
ReplyDeleteMemang cantik. Tak perlu pergi sampai luar negara. Dekat Sabah semua pulau-pulau dia cantik. Especially Bohey Dulang tue. InsyAllah kalau ada rezeki lebih Ana nak ke sana jugak.
DeleteAna doakan semoga sampai rezeki Siqah ke Sabah. insyaAllah amin.
Wahh.. banyak benda kena bayar. tapi bila dah sampai ya Allah mmg cantik betul tempat ni :)
ReplyDeletewaa.. bestnye !!!!!!!! cantik btol.. okay.. dan dan masuk wishlist.. hahaha~
ReplyDeletecantiknya tempat ni, baby pun kira boleh pegi la ni
ReplyDeleteHi nak tanya pakej harga pulau tu pergi balik ke one way ? Contohnya rm28 tu ?
ReplyDeletePergi balik encik. Kalau pergi ramai better chartered satu bot sebab lagi murah dan ikut masa kita.
Delete