Dubuyo Sunway Putra Mall
Dubuyo Sunway Putra Mall l Assalamualaikum. Sebelum sis dan family ke Korea tahun lepas, sis sempat mencuba untuk pertama kalinya makanan Korea di Dubuyo nie. Sebenarnya dah lama sangat sis teringin nak makan dekat Dubuyo sebab setiap kali pergi Sunway Putra Mall mesti lalu depan restoran nie. Tapi tak pernah nak dapat sebab tekak En Suami tekak melayu totok orang kata. Puas pujuk tapi tak berhasil.
Dubuyo Sunway Putra Mall
Nak jadi cerita, time buat itinerary Korea sis cakap nanti dekat En suami yang dia nanti kena makan jugak makanan Korea dekat sana. Tak larat nak bawa makanan dari Malaysia banyak-banyak. Buat berat luggage nak usung sana sini. So sebagai persediaan moh kita try Dubuyo. Rela dalam terpaksa En Suami pun setuju.
Sampai-sampai dekat Dubuyo sis blurr tak tahu nak pilih apa. Banyak sangat pilihan. Last-last sis panggil staff Dubuyo untuk suggest menu untuk sis sekeluarga. Ni lah yang kitorang order - 2 Set chicken bibimbap dan
Dubuyo Sunway Putra Mall |
Dubuyo Sunway Putra Mall |
Muka orang terpaksa sebelum pekena bulgogi. Lepas dah rasa siap order bulgogi extra. Haha. Amik ko.
Dubuyo Sunway Putra Mall |
All day set for 2 - Rm56.85
- Chicken Soondubu Jigae (sup ayam jernih mix dengan telur, tahu)
- Beef Honey Garlic Bulgogi ( daging manis yang sangat lembut)
- rice
- barley tea / green tea
-free flow banchan
Sis order side dish iaitu chicken bibimbab (Rm12). Tapi sis tak berapa nak suka rasa dia. Lepas habis makan semua En Suami buat senyum kambing. Rupanya boleh jer makanan nie masuk dalam tekak dia. Tak teruk langsung rasa Korean food nie. To be suprised, sis jatuh cinta dengan kimchi. Sebelum-sebelum nie tak tahu macam mana rasa kimchi nie. Selalu dengar orang duk kata sedap. Sekali sis makan memang betul. Makan dia saja dengan nasi panas pun dah sedap.
Lepas dari tue ada lah 2 kali kami datang semula ke Dubuyo. Order set yang sama dan ada tambahan yang lain.
Gambar amik dari Instagram Dubuyo jer sebab tak jumpa gambar makanan-makanan nie.
Maandu atau ladu-Rm7.50. Not bad rasa dia. Kena dip dengan soy sauce baru ok.
Maandu atau ladu-Rm7.50. Not bad rasa dia. Kena dip dengan soy sauce baru ok.
Dubuyo Sunway Putra Mall |
Dubuyo Sunway Putra Mall |
Dubuyo Sunway Putra Mall
Reviewed by Ana Suhana
on
January 25, 2017
Rating:
Teringin nak tahu macam mana pengalaman sis spend duit sebelum dan semasa bercuti ke oversea. Backpack atau agency. Ira pun suka berjalan tapi belum pernah sampai lah ke oversea eheee. Harap kalau sis sudi berkongsi pengalaman dan tips :D
ReplyDelete*jemput join segmen pertama ira http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-februari-2017.html
Segan pulak sis nak share tips sebab sis noob lagi bab2 travel nie. Banyak lagi nak kena belajar. InsyaAllah nanti sis kumpul info based on experience sis dan kawan2 yg lain 👌
DeleteDapnyerrrr. Lapar pulak memalam niii~ :P
ReplyDeleteHuhu. Samalah kita. Mana nk cari topokki memalam nie 😅
DeleteSpicy topokki tu nampak menarik..
ReplyDeleteSha pun jenuh pujuk suami untuk cuba makanan korea..
Tak ingat makan kat restorant apa tapi dekat IOI Mall.. hehehe
Kebanyakan rasa makanan Korea nie sama jer Sha dekat mana2 restoran.
DeleteSpicy topokki tue antara fav ana =D