Bercuti ke Korea : Lyndon Guesthouse Jejusi | Assalamualaikum. Udo Island merupakan destinasi terakhir untuk iti di Jeju. Esok pagi akan fly ke Seoul pulak. Sebab tak nak tertinggal flight, Ana check in di Jejusi untuk malam terakhir di sini.
Korea Hari Ke-5 Bahagian 3 : Lyndon Guesthouse Jejusi
Lyndon Guesthouse ni terletak betul2 dekat tepi jalan besar menghala ke airport. So kawasan dia sangat busy compare dengan GH sebelum nie. GH nie berkongsi bangunan dengan orang lain dan ianya terletak di tingkat 4-7 sahaja.
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
Lyndon Guesthouse Jejusi ni dulunya merupakan Yeha Guesthouse City Hall. Jadi korang akan nampak yang fasiliti dia lebih kurang sama dengan
Yeha Guesthouse Jejusi. Antara fasiliti yang disediakan seperti separate utensil untuk Muslim, happy hour, breakfast dan washer machine. To be suprised, bilik Ana dari deluxe upgrade ke triple room without extra charge. Sama macam dekat Yeha GH. Rezeki kami 3 beranak. Owner pun freindly and helpful.
Receptionist GH
terletak di tingkat 4. Dekat sini nanti korang akan perasan yang hiasan dinding dekat sini sama sebijik macam Yeha GH. Nampak tak budak kecik tu bukan main suka lari sana sini.
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
Bilik untuk kegunaan komputer dan internet. Ana tak pasti kena bayar atau tak sebab takde masa nak guna. Lagipun Ana memang subscribe Wiyo sepanjang di Korea ni.
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
Locker untuk simpan kasut pun ada disediakan. Setiap locker ada kunci masing-masing. So lepas simpan kasut, kunci tu kita pegang lah. So takde lah risau kasut hilang ke apa kan. Locker kasut ni ada di setiap floor so memang akan cukup untuk semua guest.
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
Ini bilik yang Ana dapat hari tu. Dari deluxe dapat free upgrade ke triple room. Agak sempit tapi masih selesa untuk Ana bertiga. Bilik pun bersih dengan kemudahan asas yang lengkap. Toilet pun luas dan bersih. Memang puas hati.
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
|
Lyndon Guesthouse Jejusi |
L
epas solat dan rehat sekejap Ana and the geng keluar ke Dongmun Market untuk cuci-cuci mata dan cari kudap-kudapan.
|
Dongmun Market |
Dongmun Market ni di buka sampai lewat malam dan pelbagai makanan dan barangan di jual. Produk tempatan seperti buah-buahan mudah dijumpa di sini. Nampak fresh semua buah-buahan tu.
|
Dongmun Market |
Ana sempat merasa street food yang famous dekat Korea ni iaitu Ffish cake. Sebelum makan kami dah survey dulu apa yang boleh di makan atau tak. Dan kedai yang jual fish cake ni salah satu kedai yang dicadang oleh Jeju Muslim Tour. Sebab suka sangat dan maybe sebab lapar Ana makan sampai 5 batang. Syafi pun suka. Harga sebatang hanya 500w.
|
Dongmun Market |
Selain fish cake tue Ana cuba juga hotteok sejenis pancake manis korea. Ana tak berapa nak suka sebab manis isi dia. En Suami pula yang suka.
|
Dongmun Market |
Berhampiran dengan Dongmun Market ni ada deretan kedai bawah tanah tapi harga dia tak lah berapa murah jadi Ana tak beli ape pun. Sekadar cuci mata sahaja. Window shopping ni merupakan aktiviti terakhir Ana di Jeju. Esok nak fly to Seoul pula. Sambung di entri seterusnya.
best ny jln2 pat org ni =D mcm2 pgalaman mnarik dpt di critakan dgn pbaca.. Ju tgk pict rasa mcm dekat sna plak =D
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai rezeki awak dear :)
DeleteSeronoknyaaaa. Dah lama tak jalan2. Bilalaa pulak nak travel jauh2 nii. Huuu
ReplyDeleteInsyaAllah sampai nanti rezeki ana. Time tue satu benua ana pusing. :)
Deletedoakan sy ada rezeki pegi korea 😍 wahhh, bestnya jenjalan di negara orang
ReplyDeleteInsyaAllah dear. Sampai rezeki awak nanti. Jgn kata Korea, semua negara awak jejak. 😀❤
DeleteSeronoknya jenjalan korea. Mai suka makanan korea tapi takda kesempatan jejak sana lagi, mungkin suatu hari nanti,hehe
ReplyDeleteSis pun suka. Sedapnya 😍😍. InsyaAllah mai. sis doakan moga ada rezeki mai ke sana nanti.
DeleteBestnya k.ana...harap dpt pegi 1 ari nnt
ReplyDeleteAlhamdulillah, best sgt. InsyaAllah satu hari nanti sampailah mira dekat sana. Siap pusing satu korea lg. 😍
DeleteWahh. Seronoknya jenjalan korea !
ReplyDeleteSeronok sgt. Alhamdulillah ada rezeki sis and family :)
Deletehi, saya datang singgah sini :)
ReplyDeleteHi intan. Terima kasih sudi singgah :)
DeleteSaya akan ke jeju bulan feb ni.
ReplyDeleteThanks kongsi
Wah bestnye. Have fun there. I miss Jeju damn much. :)
DeleteSedapnya tgk fishcake tu
ReplyDeleteSedap sgt sbb makan time cuaca sejuk hingga ke tulang :) rindunya..
DeleteSedapnya odeng dan hotteok! Siqah suka sangat both 😍 bersungguh mencari odeng dan hotteok masa ke korea dulu. Mujur jumpa. Sedap! Kat sini, kalau nak makan odeng, siqah pergi The Street Cafe. Boleh lepas rindu kat Korea 😍 Wish to visit again..
ReplyDeleteHaa selamat Siqah ingatkan nama odeng nie. Ana lupa sgt nama dia. Ana tak penah lg dgr nama The Street Cafe nie. Bolehlah pergi nanti sebab dah rindu sgt nak makan odeng nie :D. Thanks Siqah share info
DeleteBesar dan bersih hotel ni. Bestnya jenjalan Korea kan
ReplyDelete