Bercuti ke Korea : Boa Travel House dan Sungai Han | Assalamualaikum. Ini merupakan entri terakhir percutian sis ke korea pada awal musim luruh tahun lepas. Walaupun masih ada 3 hari di sana tapi sis terpaksa balik awal ke Malaysia disebabkan keadaan Syafi yang lemah. Demam dia datang semula malam ke-7 di sini. So sis decide untuk tukar tiket flight dari hari sabtu ke hari rabu. Huhu. Takpe ada rezeki lagi boleh datang lagi lam . So hari ni sis nak share tentang Bercuti ke Korea : Boa Travel House dan Sungai Han.
Bercuti ke Korea : Boa Travel House dan Sungai Han
Berbalik dari entri sebelum nie, dari Bukchon Hanok Village sis terus ke Boa Travel House untuk lunch. Naik subway berhenti di Hongik University Station then jalan kaki dalam 5 minit. Maps untuk ke sini boleh refer di sini.
Sis suka ke sini sebab ruang makannya yang selesa dan penting HALAL. Harga standard restoran-restoran korea yang lain cuma dekat sini kalau kata korang menginap di sini, korang entitle untuk dapat diskaun 10%.
|
Ruang makan sangat selesa dan bersih |
|
Kalau kita menginap dekat sini, ada 10% diskaun untuk harga makanan |
|
Simple tapi sedap. En husband terus jatuh chenta dengan bulgogi lepas makan dekat sini |
|
Sempat Syafi buat saranghae dekat owner. Dapatlah masuk dalam ig Boa |
Dekat sini juga ada kemudahan ruangan solat di bahagian roof top. Nak solat naik je lif yang disediakan.
|
Di Roof top untuk solat |
Lepas makan sis ke Sungai Han untuk habiskan masa-masa yang ada pada petang terakhir di Korea. Sungai Han nie sangat besar sebenarnya. Banyak aktiviti boleh buat dekat sini seperti berbasikal, jogging, seesight dan duduk-duduk makan angin macam sis buat. Hehe.
|
View dari subway station |
|
Kwang Soo mana. Kwang Soo mana. :p |
|
Saat-saat gembira sebelum kena paksa balik KL |
|
Chenta hati sis |
|
Onda heart u so much |
|
Bunga rumput pun boleh buat Syafi terhibur |
|
Muka ada bangga dapat petik bunga rumput |
Petang tue Syafi nampak segar jer. Tapi bila balik bilik demam dia datang semula. Tidur sampai meracau-racau. Kesian tengok. Malam tue jugak booked tiket flight dan berkemas. Pukul 5 pagi dah check out pergi ke airport. Alhamdulillah urusan pagi tue semua lancar.
|
Jal gayo Seoul |
6.5 jam dalam flight rasa sangat lama sebab Syafi 'buat perangai'. Sikit-sikit merengek sampai sis kesian dekat penumpang lain yang maybe rasa tak selesa. Dah lah cuaca tak berapa nak elok lagi lah sis rasa tertekan. Huhu.
|
3 jam pertama cuaca sangat cantik. Tapi lepas Taiwan sampai lah ke KLIA cuaca tak best. |
Sampai jer KLIA petang korang rasa apa?? Syafi orang paling segar. Lesu lemah dia hilang terus sampai lah keesokannya. Demam pun hilang macam tue jer. Bukan main happy dapat balik KL. Haha. So. Sis conclude maybe dia tak selesa lama-lama dekat Korea sana dengan suasana dan cuaca dan paling utama dia rindu dengan atuk nenek dekat sini. Lepas nie kalau nak jalan ke oversea kita bawa atuk nenek sekali erk Syafi.
Sempat ye akak cari kwang soo. Hahaha. Sedap tengok makanan korean tu, rasa teringin pula...
ReplyDeleteRunning Man selalu shot dekat Sungai Han nie. Tue yg teringat. Haha.
DeleteTime kat sana semua pun sedap sebab lapar dan penat berjalan. 😍
comel ja makanan tu kak , seronoknyaaa
ReplyDeleteakak nih entry yg akak suruh buat tutorial tu
http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/01/tutorial-pesanan-atas-kotak-komen.html
hehe
Yeahhh. Tq zaf jawab soalan akak. Nanti boleh tanya lagi ye 😍
Delete❤comelnya syafi... sama nama baby
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama ye nama. Syafi bermaksud penyembuh kan 😍
DeleteAlahai Syafi.. memang anak Malaysia sungguh nie.. hehehe.. tak leh lama2 kat luar negara ye..
ReplyDeleteTue lah. Lepas nie tak boleh lama2 kalau melancong 😅
Deletehaii seronoknyee.. bile la dapat sampai sini..
ReplyDeleteinsyaAllah sampai rezeki nanti pasti awak ke sini :)
Delete