Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating l Assalamualaikum. Selain dari
Kuantan, Cherating juga antara tempat yang ramai dikunjungi untuk bercuti di negeri Pahang. Jarak antara Cherating dengan Kuantan sekitar 40 minit pemanduan manakala 15 minit dari Kemaman, Terengganu. Sekarang ni Cherating dah semakin membangun dan terdapat banyak hotel, resort wujud untuk cater keperluan pelancongan di kawasan sini.
Residence Inn Cherating Penginapan Seisi Keluarga di Cherating
Kalau korang plan nak bercuti di area Cherating, mungkin Residence Inn Cherating ni antara penginapan yang korang boleh consider. So far Ana dah inap di sini sebanyak 2 kali dan berpuas hati dengan apa yang disediakan.
|
Residence Inn Cherating |
Kali pertama Ana ke sini memang tujuan untuk bercuti setelah 5 tahun tak ke sini. Dari KL mengambil masa kira-kira 3 jam. Dari LPT, amik exit Jabor dan terus menghala ke arah Kemaman dan Chukai. Walaupun masa Ana ke sini belum musim cuti sekolah, tapi bilik-bilik di sini hampir fully book. Ana tempah bilik Standard King Size dengan harga RM180 semalam. Selain dari bilik Standard King Size, korang boleh pilih juga bilik jenis Standard Twin, Deluxe Twin, Deluxe Eksekutif atau Suite Satu Bilik.
Bilik Standard King Size Yang Luas
Based on review masa Ana ke sini ramai yang bagi review tak best. Tapi rezeki Ana, bilik yang kami dapat bersih dan selesa. Mungkin sebab bilik ni terletak di bangunan baru.
Buka-buka je pintu Ana dah nampak betapa luasnya bilik ni. Rasa berbaloi dengan harga yang dibayar. Takde isu bau hapak atau sebagainya. Fasiliti asas seperti tv, tea and coffee making facilities, meja kerja semua ada. Kemudahan wifi pun turut disediakan. Wifi dan password akan diberi semasa korang check in nanti dan valid dalam masa 24 jam.
|
Residence Inn Cherating |
|
Residence Inn Cherating |
Bahagian tandas pun luas dan bersih. Memang puas hati. Kawasan shower di bahagian tertutup dengan curtain. Memandangkan air dia jatuh dari atas, so air tak terpercik keluar pun. Tapi air shower dia memang best.
|
Residence Inn Cherating |
Bilik yang Ana stay ni ada balkoni tau. So petang-petang boleh lah lepak sambil minum teh. Rasa tenang je sebab menghadap laluan yang menghijau.
|
Residence Inn Cherating |
|
Residence Inn Cherating |
Selesai rehat dan solat, Ana keluar menuju ke Kemaman kejap. Plan nya nak pekena kepok lekor dan sata. Oh ya kalau korang nak tau, kawasan di sini memang terkenal dengan sata tau. So pilihan Ana semestinya ke Warung Aziz Satar, antara warung yang popular di Kemanan ni. Memula ingat nak makan dekat sana je tapi budak kecik ni dah bising nak mandi pool, maka tapau kan je sata dengan kepok lekor tu.
|
Warung Aziz Satar Kemaman |
|
Residence Inn Cherating |
|
Residence Inn Cherating |
Esok pepagi seawal pukul 7 Ana dah turun breakfast. Memang dah jadi habis kalau breakfast kat hotel mesti turun awal sebab konon tak nak makan sisa-sisa yang tinggal. Hehe. So far menu dekat sini okey je. Kenyang lah juga perut makan kan. ada nasi lemak, bihun goreng, kuew teow kungfu dan banyak lagi.
Lepas makan, budak tu ajak main pool sebelum balik. Dia orang yang pertama berendam pagi tu. Tak lama lepas tu, amik ko ramai yang join main kolam. Hehe. Agak-agak matahari dah terik, kitorang masuk bilik untuk siap-siap check out.
Overall, Ana happy je stay di Residence Inn Cherating ni. Takde menda nak complaint except tempat parking kereta yang terhad. Kalau penuh, korang kena parking dekat luar hotel. Tapi still berhadapan dengan hotel dan ada pak guard yang jaga. So masih selamat. Korang ada yang pernah stay di sini? Apa komen korang. Share lah sama-sama untuk rujukan semua kan :)
Lama tk pi Cherating.. Bole la try stay sini plak
ReplyDeleteBest jugak bercuti di Cherating ni ya. Nanti nak pergi jugaklah
ReplyDeleteUka tengok pantai..tak tahu kenapa PC mudah tertarik dengan keindahan pantai..
ReplyDeletei miss travelling
ReplyDeleteCantik la Cherating...la ni musim hujan kan..akak masih mencari tempat nak bawak family holiday...
ReplyDeletecantikk hotel ni
ReplyDeletetepi pantai ke ni AS, kak ana pernah gak stay kat cherating tepi pantai adoi memang best sangat bayu lautnya :)
ReplyDeleteBiliknya tu not bad.. Luas saiznya 😍
ReplyDeleteSeronok juga stay kat Residence Inn ni. bilik luas dan view bilik pun cantik.
ReplyDeleteok, bookmark dulu
ReplyDeleteKenapa Syafi nangis..??
ReplyDeleteCantik pantainya..