Kedai Nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC)
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC) | Assalamualaikum. Lama pulak rasanya sis tak update "segmen" makan2 kan.
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC)
FYI restotan nie pernah masuk dalam rancangan JJCM tau. Menu utama dia sudah pasti la nasi arab kan. Tapi bukan tue je menu dorang, ada juga nasi ayam salai, daging kambing bakar dan menu terbaru nasi dagang arab. Macam menarik tapi belum sampai seru nak mencuba. Hehe.
Pada pendapat sis harga makanan dekat sini agak mahal sedikit kalau nak di bandingkan dengan portion hidangan tapi masih lagi berbaloi untuk dibayar.
Nasi arab di AFC nie telah di olah mengikut resepi tempatan. Kalau kedai2 nasi arab yang original, nasi akan di hidang dengan kuah kari / dal dan sambal tomato kan. Tapi dekat sini kari / dal di ganti dengan sup which is bagi sis sedap dan sesuai sangat kalau ada anak kecik yang suka makanan bersup. Nasi ayam salai dia pun sedap.
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC) Nasi arab mandy ayam berempah-Rm11. |
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC) Nasi ayam salai-Rm7.50. |
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC) |
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC) Kambing bakar individu set Rm25. Daging sangat lembut dan sedap. Sis cecah dengan sos nasi ayam je. |
Dekat sini ada air special yang korang kena cuba iaitu Rus Alaban (yogurt, susu dan air tapaian beras). Sis first time rasa terus jatuh chenta. Masam2 manis dan sangat sedap bila dihidang sejuk.
Kedai nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC) Rus Aladin Rm7.50. Campuran yogurt, susu dan air tapaian beras. |
Kedai Nasi Arab Al-Amin Food Corner (AFC)
Reviewed by Ana Suhana
on
November 27, 2016
Rating:
Lokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah. Waktu operasi Isnin- Khamis 12 tengahari-7 malam sahaja. Jumaat & sabtu 12 tengahari-9 malam sahaja .waktu solat jumaat tutup sementara,buka semula selepas solat jumaat. Setiap Ahad tutup,cuti mingguan. Call 011-63327027 AFC @ 019-3211911 Pn.Hasnah.
ReplyDelete