Bercuti ke Korea : Gamcheon Cultural Village

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-2 Bahagian 1


Alhamdulillah!!! Awal bulan Oktober lepas, untuk pertama kalinya sis and the geng berjaya ke Korea Selatan secara backpacker. Yeahhhhh!!!! (Tahniah pada diri sendiri)Setelah bertahun2 dok tengok jer orang bercuti ke Korea akhirnya salah satu impian kami tercapai juga.

Itinerary sebulan sebelum baru sis betul2 commit. Info based on Googling dan hasil bertanya dari group BBM. Thanks guys! Route kami cover KL - Busan - Jeju - Seoul - KL.

GCV nie aktiviti pertama sis di Busan sebelum fly ke Jeju sebelah petangnya. Actually kalau ikut itinerary, hari pertama right after touched down Busan (7.30pg) sis akan ke Nurimaru Apec House, Haeundae Beach, Taejongdae Park dan Yongdusan Park. Tapi nak jadi cerita flight sis delay 10 jam di sebabkan Taufan Chaba yang teruk menghentam Busan beberapa jam sebelum sis berlepas. Jadinya flight sis yang sepatunya rabu pagi (1.15) di tunda pada pukul 11 pagi dan sis hanya sampai di Busan pada pukul 6.15 petang waktu tempatan. Memang dah gelap time tue. Kira semua itinerary hari pertama burn.



Sekitar pukul 6 petang di Korea.

So back to GCV, pagi2 lepas breakfast sis terus bergerak. Dari Gh kami menaiki Busan Metro dari Choryang Station hingga ke Toseong Station. Sis guna T Money jer. Siap dah top up dekat airport semalam. Harga metro standard 1.1k won untuk 10km pertama. Sampai je dekat Toseong Station kena berjalan dalam 5 minit ke arah Cancer Center untuk menaiki bas ke GCV.



Geng2 mak jemah ke Korea.


Bukan main happy dapat naik train. Ahjuhsi tue duk pandang je Syafi. Lepas habis amik gambar dia tegur kata Syafi pandai bergambar. Peramah bukan main. Siap bagitau bila patut kami turun.


Backpacker style katanye.




Sampai2 je di GCV terus dapatkan map di tourist centre. Kena beli tau map tue. Tiket masuk tidak dikenakan. Memandangkan sis sampai terlalu awal, hampir kesemua kedai dan check point belum di buka. Tapi the best part is tak ramai orang. So boleh berjalan dengan aman. Cuma dekat sini kena hati2 sebab kita akan berjalan di sepanjang jalan yang agak sibuk dan kenderaan2 dekat sini agak laju. 


Lengang selengangnya




Geng jemah saja dekat sini.

Sis spend time nak dekat 2 jam jugak nak habis tawaf sekitar perkampungan nie. Sempat la stop dekat beberapa tempat nak hilangkan semput. Rata2 penduduk dekat sini semua friendly especially bila kita yang sapa mereka dulu. Lepas tue ko siap. Macam2 dia borak dan ko hanya mampu angguk2 senyum2 jer. Dan macam biasa, Syafi la jadi tumpuan. Aigoo baby. Namja???






















Lepas siap pusing semua, sis tunggu bas dekat tempat turun tadi jugak cuma di arah yang bertentangan. Berhenti dekat Cancer Centre tadi dan naik metro sekali lagi sampai Choryang Station. Sampai di GH, selesaikan apa yang patut dan terus check out.

Oh ya, dekat Busan nie sis stay di Busan Popcorn Gh dengan harga Rm127 untuk bilik deluxe dan private bathroom. Mula2 jer masuk bilik terus ternganga kejap, mak ai keciknya. Bentang tilam dan letak beg je dah penuh satu bilik. Terus set dalam kepala, memang camnie la rasanya backpacker style. Jimat selagi boleh. Tapi lepas check in check out Gh yang seterusnya, rasanya Gh nie la yang paling sempit sis pernah tidur. Selamat semalam je.



Tue je ruang yg ada untuk solat. Beg je dah separuh bilik. 



Info tambahan:


1. Dari Gimhae Airport ke Busan / Choryang Station sis naik airport limousine. 6k won sehala (6 tahun ke bawah FOC) dan bayar secara tunai. Agak mahal tapi berbaloi sebab tak perlu angkut beg yang banyak2 tue turun naik metro dan sangat selesa. Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit je. 


2. Dekat Gimhae domestic airport takde tempat salin pakaian untuk solat. So korang perlu ke International airport di bangunan sebelah. Kami yang perempuan hari tue tumpang solat dekat baby room sebab besar dan takde orang. Yang ada sorang ahjumma tengah caj hp sambil tido. Mula2 minta kebenaran dia nk solat guna bahasa tangan and dia angguk. Lepas 2 orang solat terus dia marah2 suruh keluar. Padahal mak2 yang bawa anak tue tak kisah pun. Macam bengang pun ada. Tapi nak buat macam mana. Last2 solat je dalam flight ke Jeju.


Bercuti ke Korea : Gamcheon Cultural Village Reviewed by Ana Suhana on November 28, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. hai,
    Gamcheon Culture Village ni paling sesuai pergi pagi, dah lewat sikit nnti ramai org.
    rindu nye Korea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.time sy pergi awal pagi lengang jer kat semua tempat. Selesa sgt. Kena repeat lg ke Korea nie sis. 😅

      Delete
  2. hi you, berapa full bajet nak gi sini? i bru nak merasa g bandung tahun depan..kebetulan you pun ada tulis pasal bandung membantu sgt newbie mcm sy..and nak tnya you guna camera apa? nice sgt quality gmbr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun nk kne repeat bandung lg nie. Byk tempat menarik skrg nie kan.

      Bajet korea byk depend pada flight ticket dan accomodation. Flight kalau nak murah selalu beli time final promo. Dalam rm550 boleh dpt return. Accomodation pulak mcm sy amik room with private shower so mahal sikit. Kalau nak murah amik dorm tp campur la dgn org lain dan shared shower. Overall bajet sy utk 8hari tue dalam rm3000 termasuk flight ke jeju dan sewa kereta.
      Gambar kebanyakan sy guna Gopro dan Oppo F1 plus sis.

      Delete
  3. seronok baca.. rasa rindu plak kat Korea hehe.. bestnya lajak ke Jeju skali.. CT xdan cover Jeju insyallah ada rezeki ke Jeju plak. boleh cilok2 tips kat sini untuk ke Jeju hehe.. tak apa delay sikit untuk keselamatan.. cuma syg itinerary burn.. boleh pegi lagi nanti ? alasan untuk kembali ke sana kan ??

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.