Dinner ala Korea di Eleven Rooftop, Hotel Perdana


Dinner Ala Korea Eleven Rooftop,  Hotel Perdana | Assalamualaikum. Untuk malam terakhir di Kota Bahru ni,  dinner Ana special sikit. Sebabnya en suami ada dinner ala Korea di Eleven Rooftop Hotel Perdana. Memandangkan masih ada meja yang kosong untuk customer yang walk in, so Ana menyelit lah sekali.  Bila lagi nak merasa dinner dekat sini kan. Datang dah lah sepuluh tahun sekali je. Hehe.


Dinner Ala Korea di Eleven Rooftop, Hotel Perdana

Eleven Rooftop merupakan satu-satunya restoran yang korang boleh makan sambil menikmati pemandangan malam bandar Kota Bahru pada 180 degree. Makanan yang di hidang di sini berkonsepkan grill and steamboat. Senang citer macam konsep Seoul Garden tu tapi yang ni standard hotel lah kan. Harga pula sangat berbaloi iaitu RM65 seorang. Restoran ni beroperasi bermula dari pukul 6 petang hingga 10.30 malam. Makan lah sampai mana korang larat.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop,  Hotel Perdana
Sampai-sampai je di tingkat atas, Ana terus terjah bahagian luar sebab dinner tu belum mula lagi. Rupanya ruang makan hanya di bahagian dalam sahaja tau korang. Bahagian luar atau balkoni ni takde apa-paa. Hanya tempat untuk melepak atau amik angin luar je. Maybe sebab nak jaga keselesaan pelanggan sebab tu ruang makan hanya di bahagian dalam saja. Impian konon nak makan-makan sambil layan view luar tu terhempas sekejap. Tapi Ana tetap enjoy my dinner here. 

Jom layan pemandangan malam bandar Kota Bahru dari atas ni. Memang nampak bangunan je korang. Kan best kalau boleh nampak laut. Hehe.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Dah puas tengok pemandangan dekat luar, moh kita tengok apa makanan yang di sajikan di bahagian dalam pula. Dekat bahagian pencuci mulut ada pelbagai jenis kek, kuih dan buah di hidang. Rambang mata nak pilih kek-kek tu korang. Selain tu, chocolate fountain pun ada untuk dicelup-celup dengan buah atau marshmallow.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana

Di bahagian main course iaitu bahan-bahan untuk grill dan steamboat, terdapat pelbagai jenis bebola, marinated meats, vege,  noodles dan lain-lain lagi. Sos dan dressing pula bukan ada satu dia je, tapi banyak ok. Pening nak pilih yang mana satu. Semua nampak sedap tau.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana

Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana

Haaa kenapa apa Ana kata dinner ala korea dekat sini??  Sebabnya selain dari pelbagai dressing yang disediakan,dekat sini korang boleh makan pelbagai jenis kimchi tau. Tak perlu nak ke Korea nak merasa kimchi yang sedap. Dekat Hotel Perdana pun boleh makan kimchi sedap. Tetiba terliur ni haa bila teringat kimchi tu.


Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana

Memahami selera orang Malaysia yang tak boleh hidup tanpa nasi, Eleven Rooftop juga menyediakan side dish yang berat untuk para pelanggan. Antaranya ialah ada nasi goreng nenas dan mee goreng.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Untuk bahagian air pula, korang boleh buat ABC sendiri. Jeli dan candy yang banyak menanti untuk korang campur dalam ABC tu. Air minuman pula ada 5 jenis. Antaranya ada air oren, guava, sirap bandung dan anggur. Aiskrim pun ada juga. Boleh buat ABC aiskrim lagi kan. Lepas makan panas-panas grill dan steamboat tu, pekena AbC aiskrim memang heaven.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Ni rupa grill and steamboat yang sempat Ana snap. Memang terduduk kekenyangan wei makan dekat sini. Tak boleh nak berhenti dari makan ok. Agak-agak dah penuh sampai anak tekak baru sedar diri nak berhenti makan. Tu pun lepas beberapa kali berehat dan amik angin di luar. Dengan aircond yang secukupnya dan ruang makan yang luas memang selesa sangat-sangat.
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana
Eleven Rooftop, Hotel Perdana

Overall memang Ana puas hati makan dekat Eleven Rooftop ni. Berbaloi dengan harga yang di bayar.  Korang yang berada di Kota Bahru atau plan nak ke sini, jangan lupa cuba makan malam di Eleven Rooftop ni tau. InsyaAllah berbaloi-baloi. 
Dinner ala Korea di Eleven Rooftop, Hotel Perdana Reviewed by Ana Suhana on August 26, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. kalau mcm ni punye byk makanan...sampai pecah la perut kena makan...rugi kalau tak rasa

    ReplyDelete
  2. Very good points you wrote here..Great stuff...I think you've made some truly interesting points.Keep up the good work. garden designing

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.