Jalan-jalan di Terengganu : Taman Tamadun Islam
Assalamualaikum.
Kalau korang ke Terengganu terdapat banyak tempat -tempat menarik untuk di lawati. Dan salah satu tarikan utama di Terengganu sudah semestinya ialah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Di Taman Tamadun Islam ni terdapat lebih kurang 22 replika masjid terkenal di dunia di bina termasuk monumen dan tugu-tugu.
Harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM21.20 manakala RM15.90 untuk warga emas dan kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Terdapat pelbagai cara untuk kita bergerak dari satu replika ke satu replika. Antaranya ialah dengan menggunakan tram, buggy, berbasikal, atau berjalan kaki. Dan sis menggunakan perkhidmatan yang sangat murah dan berbaloi iaitu menggunakan perkhidmatan tram dengan caj RM5 seorang. Tram akan berhenti di 3 point utama iaitu di stesen Taj Mahal, Masjid Al-Aqsa dan Baitulharam. Terdapat bilik tayangan di setiap point tersebut untuk tontotan video.
Di bahagian kaunter tiket masa ni terdapat sekumpulan pelancong dari Indonesia tengah tunggu ejen belikan mereka tiket masuk. Orang luar pun dah ke sini, korang bila lagi? Hehe
Ni lah tram yang di gunakan untuk bergerak dari satu stesen ke satu stesen. Kalau penuh jangan risau sebab akan ada tram seterusnya tanpa perlu menunggu lama.
Antara replika-replika masjid yang sempat sis tangkap semasa berada di atas tram.
Dalam banyak-banyak replika yang terdapat di sini, sis paling tertarik dengan replika Kubah Batu atau lebih di kenali sebagai Dome of Rock. Untuk pengetahuan semua, bentuk binaan di sini di bina pada skala 1:4 hingga 1:22 dari bentuk asal. (Sumber : Wikipedia)
Sedikit info tambahan, terdapat satu kincir air di bina di sini yang di gunakan untuk sistem pengaliran ke tasik TTI. Pembinaan kincir air ini bertujuan untuk mengetengahkan inovasi Islam zama dahulu. Pembinaan kincir air banyak merujuk kepada kincir air umat Islam terdahulu di Syria yang menggunakan teori Al-Jazari.
Sumber : TTI |

Minaret Xian, China. |
Masjid Pattani, Thailand. |
Masjid Kudus Al-Manar, Jawa Tengah. |
Makam Abu Nasr Parsa, Afghanistan |
Masjid Suleyman,Turki. |
Taj Mahal,India. |
The Aleppo Citadel,Syria. |
Masjid Negara, Malaysia |
Al-Hambra Citadel, Granada, Spain |
Masjid Kul Sharif,Rusia. |
Dalam banyak-banyak replika yang terdapat di sini, sis paling tertarik dengan replika Kubah Batu atau lebih di kenali sebagai Dome of Rock. Untuk pengetahuan semua, bentuk binaan di sini di bina pada skala 1:4 hingga 1:22 dari bentuk asal. (Sumber : Wikipedia)
Sedikit info tambahan, terdapat satu kincir air di bina di sini yang di gunakan untuk sistem pengaliran ke tasik TTI. Pembinaan kincir air ini bertujuan untuk mengetengahkan inovasi Islam zama dahulu. Pembinaan kincir air banyak merujuk kepada kincir air umat Islam terdahulu di Syria yang menggunakan teori Al-Jazari.
Selain dari replika-replika masjid di atas, korang juga berpeluang untuk merasai menaiki cruise di sepanjang Sungai Terengganu dan juga boleh berehat dan makan di Restoran B-Beteng. Sis tak naik pun cruise di sini tapi sis tetap bercruise di sepanjang Sungai Terengganu dengan bot penambang. Old school gitu. Entri di SINI.
Menarik sangat Taman Tamadun Islam ni. Jom pakat ajak kawan-kawan dan keluarga ke Taman Tamadun Islam ni. Dalam satu tempat terasa macam kita travel ke banyak negara. Berbaloi- baloi. Sebelum balik boleh singgah beli sourvenir di kedai sourvenir yang ada di sini.
Sumber : TTI |
Jalan-jalan di Terengganu : Taman Tamadun Islam
Reviewed by Ana Suhana
on
April 08, 2017
Rating:
Nanananana, Ganu kiter errr. X tau bila plak nak sampai ke Terengganu ni :D
ReplyDeleteInsyaAllah soon. Mana tau berjodoh dengan orang Ganu kan. ;D
DeleteErmmm 😏
DeleteMerancang nak ke sini kalau tak silap dah dua tiga kali. Tapi, tak sampai2 lagi. Padahal sebelah negeri jer pun. Hihi
ReplyDeleteInsyaAllah lepas ni sampailah Ana ke sini =)
DeleteCantiknya tempat. Alahai sesejuk mata memandang. Tenang je hati tgk. bila la boleh jejakkan kaki dekat sini :)
ReplyDeleteInsyaAllah satu hari nanti sampai lah awak dekat sini :)
DeleteCantiknya Taman Tamadun Islam ni. tak pernah sampai sini lagi..
ReplyDeleteBetul. Cantik semua reka bentuk masjid2 dan replika yg ada di sini. Rasa mcm travel di seluruh dunia. Nanti boleh lah plan ke sini. =D
Deletewoowww cntik nya ! mmg lokasi perlu dilawati dan ssuai utk bjalan2 dgn family =)
ReplyDeletebetul tu Ju. sangat sesuai untuk bawa family ke sini. sesuai untuk semua peringkat umur. fasiliti pun terbaik. :)
DeleteSha pergi dah sini.. Tapi tak masuk Taman Tamadun ini..
ReplyDeleteSebab misi cari makan kan.. hehehe
Nanti nak buat misi jalan-jalan pula..
Sebelah Masjid Kristal yg Sha pergi hari tu kan. Takpe next time boleh bawa Amani dan Imani ke sini naik tram dan tengok replika2 masjid yang ada. Mesti dorang suka. :)
Deletetq ana for suggesting.
ReplyDeleteakak x pernah gi lagi ni.
pernah dgr but tak tau apa dlm nyer.
now tau dah... perfect place to go kalau2 ke tganu kelak.
in shaa Allah.
Sama2 kak. Berkongsi apa yang saya tahu. Jgn lupa singgah ke sini kalau pergi Ganu Kite ye :D
DeleteDilah dah pegi TTI ni tahun 2013.. suka tgk monumen2 kat situ.. baru kita tau design2 masjid kat negara org kan..
ReplyDeleteBetul tu Dilah. Rasa macam melancong ke negara luar pulak kan. Seronok sgt. Byk info boleh dapat. =)
Delete