Tempat Menarik di Melaka : Padang Pasir, Klebang

Assalamualaikum.

Cuti hari pekerja last week, sis sekeluarga turun ke Melaka untuk cuti-cuti Malaysia katanya. Tapi percutian itu fail sebab jam di mana-mana saja. 100,000 kenderaan masuk Melaka time tue.  Jam baik kat highway atau jalan bandar. Masa habis dalam jam jer. Tapi disebabkan sis dah selalu sangat turun Melaka, so takde la terkilan sangat tak dapat turun ke bandar.

Kali ni sis stay di Pantai Klebang. Antara tarikan utama di Klebang sudah pasti coconut shake. Hampir sejam beratur kot. Macam laa tak penah minum. Tapi di sebabkan cuaca kali ni lain macam sikit, setakat beratur sejam tue takde hal la. Melaka sangat-panas panas okey. Melekit je rasa badan sepanjang 3 hari kat Melaka nie. 2 cup sekali minum coconut shake tu.

Selain dari coconut shake, terdapat satu lagi tempat menarik yang baru di Melaka iaitu padang pasir Klebang. Terletak di pesisir laut dan agak tersorok. Ramai yang masih tak tau kewujudan tempat ini. Nak sampai ke sini, di sarankan naik kereta 4wd atau seangkatan dengannya. Kereta biasa pun boleh tapi tak boleh berat2 sebab jalan dia berpasir. Takut tayar tersangkut jer nanti. Satu hal pulak kang.
  
 




Sebelah malam sis kentalkan jiwa gak masuk town. Plan asal nak naik river cruise, tapi  ramai  giler  orang.  Cancel terus. So jalan-jalan dekat Kampung Morten dan Pirates Park jer.




















Pagi-pagi Ahad dah gerak balik KL sebab nak elak jam. Alhamdulillah jalan sangat clear. Taklah stress tengok tabiat pemandu-pemandu Malaysia bila dalam jam.   

Tempat Menarik di Melaka : Padang Pasir, Klebang Reviewed by Ana Suhana on May 09, 2015 Rating: 5

5 comments:

  1. Dh beberapa kali pegi padang pasir ni. Last hari tu, tolong tolak kereta budak2 perempuan 4 orang yang terlekat kat pasir. . Dia orang berani aje redah pasir tu tak ikut trek, last2 sangkut. Nasib baik pakcik dan anak menantu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Kena berhati-hati sebab takut sangkut. Kena ikut trek untuk selamat. Selamat wak ada ye. 👍

      Delete
  2. Pantai Klebang!! Best ambil gambar kat sini.. cuma kena tahan panas lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pergi awal pagi dan baru lepas hujan renyai. So ok lah cuaca. Tu yg ada double rainbow tu 😘😘

      Delete
  3. Cantik betul pemandangan kat sini...mcm padang pasir

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.