Bercuti Di Cameron Highlands


Bercuti di Cameron Highlands l Sempena cuti Hari Wilayah yang lepas, Ana sekeluarga decide untuk bercuti di Cameron Highlands. Kebetulan bulan 2 ni birthday month Ana dan Syafi. So kira birthday treat lah ni kan. Hehe.Perjalanan dari KL - Cameron Highland memakan masa dalam 4 jam lepas tambah tolak berhenti makan di R&R.

Bercuti di Cameron Hihglands


Hari Pertama

Untuk kali ni Ana stay di ArandaNova Hotel Brinchang. ArandaNova ni baru di buka sekitar awal tahun ni. So dapatlah harga promosi iaitu dalam RM300 untuk 3 hari 2 malam. Memang sangat berbaloi dan puas hati sebab bilik baru, bersih dan sangat luas. Syafi lah paling bahagia dapat merangkak ke sana sini. Setiap ceruk dia terjah.

Hotel ArandaNova, Brinchang
Hotel ArandaNova, Brinchang


Hotel ArandaNova, Brinchang

Hotel ArandaNova, Brinchang
Hotel ArandaNova, Brinchang
Hotel ArandaNova, Brinchang


ArandaNova ni hotel di bahagian atas , mall di bahagian bawah. Sebab hotel ni masih baru di buka, dekat bahagian bawah hanya ada beberapa restoran di buka dan terdapat mini theme park untuk kanak-kanak.

Hotel ArandaNova, Brinchang

Hotel ArandaNova, Brinchang
Lepas solat dan rehat, Ana ke Bharat Tea Plantation untuk minum petang. Punyalah ramai orang dekat sana. Asal nampak meja kosong terus kami cop. Kalau tak, berjanggut lah nak menunggu. 

Bharat Tea Plantation

Bharat Tea Plantation

Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Lepas selesai makan, kami cuci mata dengan pemandangan ladang teh yang menghijau. Sesedap mata memandang. Dengan suhu yang sejuk memang best sangat lah.

Bharat Tea Plantation
Bharat Tea Plantation
Dari Bharat Tea Plantation kami ke Kea Farm Vegetable Market untuk mencari kudapan makan malam. Benda yang first kami beli ialah strawberi coklat. Wajib beli kot. Sempat lah juga belikan Syafi sweater takut dia sejuk malam nanti.

Kea Farm Vegetable Market
Kea Farm Vegetable Market
Kea Farm Vegetable Market

Kea Farm Vegetable Market

Kea Farm Vegetable Market

Sebelum balik bilik, jalan-jalan dulu dekat sekitar Copthorne Hotel. Tenang sikit dekat sini. Tak ramai orang.

Copthorne Hotel

Copthorne Hotel
Copthorne Hotel

Copthorne Hotel
  
Hari ke-2

Plan untuk breakfast dekat Ladang Teh Sg Palas sekali masa nak masuk ke simpang ke sana terbaca yang ladang teh di tutup setiap hari Isnin. Jadi kami terus turun ke Tanah Rata dan makan di medan selera yang ada dekat sana.

Lepas sarapan kami ke Taman Agroteknologi Mardi. Bayaran masuk RM3 seorang. Dalam sejam jer kami ronda di dalam tu. Strawberi kiosk dalam tu masa kami ke sana tutup. Jadi takde tempat nak lepak-lepak minum.

Taman Agroteknologi Mardi
Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi
Taman Agroteknologi Mardi
Taman Agroteknologi Mardi
Antara tananam yang korang boleh jumpa dekat sini. Tak pasti boleh beli atau tak.

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi

Dari Mardi kami decide untuk ke Gunung Brinchang. Gunung paling tinggi di Cameron Highland dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut. Korang boleh drive sendiri untuk ke puncak. Jalan masuk ke sana satu laluan ke Ladang Teh Sg Palas. Kira-kira 45 minit juga perjalanan. Sampai-sampai memang best sangat. Korang boleh nampak seluruh Cameron Highland di atas sana. Serba serbi hijau atas ni. Baik untuk mata.

Gunung Brinchang
Gunung Brinchang
Gunung Brinchang



Gunung Brinchang

 
Gunung Brinchang
Aktiviti sebelah petang hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan. Antaranya Ana ke Cactus Valley untuk melihat pelbagai jenis dan saiz kaktus. Cantik-cantik semuanya. Terbeli lah juga 2-3 jenis untuk hiasan di rumah. Bukan kaktus je ada dekat sini, pelbagai jenis bunga pun ada juga.

Cactus Valley
Cactus Valley
Cactus Valley

Cactus Valley
Cactus Valley
Cactus Valley
Cactus Valley

Makan malam hari ke-2 Ana ke Tanah Rata untuk makan steamboat. Banyak sebenarnya kedai yang jual steamboat dekat sini. Memang syok sejuk-sejuk makan steamboat. Fefeeling macam di Korea gitu.


Hari ke-3

Hari terakhir di Cameron Highland Ana ke Ladang Teh Sg Palas untuk bersarapan. Masa Ana sampai ke sana dalam pukul 9 dah ramai orang pun. Selamat parkir masih ada kosong walau kena menyelit sedikit.  Dari tempat letak kereta nak ke cafe ni kena berjalan naik bukit bagai. Memang pergi lapar, balik pun lapar. Kita akan lalu kawasan sekolah yang kecil untuk ke sana. Kiri kanan kita di banjiri dengan pokok-pokok teh.

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas
Ladang Teh Sg Palas
Ladang Teh Sg Palas
Lepas sarapan, shopping teh kejap dekat kedai teh di sebelah cafe. terdapat pelbagai perasa teh di jual di sini. Ada yang eksklusif di jual di sini je tau. 

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas

Ladang Teh Sg Palas
Ladang Teh Sg Palas
Dari Ladang Teh Sg Palas, Ana check out dari hotel. Sebelum pulang ke KL, Ana singgah sekali lagi di Kea Farm untuk beli buah tangan buat keluarga. Lagipun dah janji dengan seorang amoi ni yang kami akan singgah beli sayur dekat dia. Kedai yang kami tuju terletak di bahagian belakang pasar. Dekat lorong-lorong kecil. Sayur di sana berharag RM10 untuk 3 paket. Murah dan yang penting segar. Dah puas shopping kita balik ke KL. 


Next entri kita ke Bandung pula. Stay tune korang.
 
Bercuti Di Cameron Highlands Reviewed by Ana Suhana on March 18, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. amboi !! berjalan sakan dia eh.. hee~ cameron highlands memang best tapi siang dia dah tak sejuk macam dulu..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.