Assalamualaikum readers..
Forest Reserve Institute of Malaysia.. Sebuah institut dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.. Ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan berteraskan sumber-sumber hutan..
Orang luar selalu masuk ke FRIM nie untuk tujuan berjoging, amik pic for wedding, berkelah serta naik canopy walk.. So kami pun xketinggalan untuk sahut cabaran naik ke canopy walk walaupun kepenatan akibat aktiviti yang berterusan tanpa henti since family day tempoh hari.. Selain tue, kami juga diberi peluang melihat kawasan hutan yang dipelihara oleh pihak FRIM..
Sebelum mula, kami diberi taklimat ringkas tentang hutan simpan tersebut dan apa yang perlu dibuat jika berlaku sesuatu terutamanya bila berjumpa dengan binatang2 buas.. Meh kami kongsi antara tip2 menarik untuk readers semua.. mana tau berguna di masa hadapan kan..
1) Kalau jumpa babi, kita kena lari zig zag atau buat bulatan..sebab babi bila dia nak menyondol, mula2 dia akan target kat mana posisi mangsa..lepas dah coordinate arah mangsa, dia akan berlari secara lurus terus menuju ke mangsa..so bila kita lari zig zag atau dalam bentuk bulatan, secara langsung akan menyukarkan babi tersebut untuk reposition target tue balik..lagi satu babi susah nak berhenti sebab kaki dia pendek..;)
2) Kalau jumpa harimau, mula2 kena jerit kuat2..kalau jerit berkumpulan lagi bagus..ini bertujuan utk menakutkan harimau tersebut..tapi lepas menjerit kita ada masa dalam 15 minit utk menyelamatkan diri..menjerit kali kedua tidak akan memberi kesan dah..cara kedua, kita kena panjat pokok yang berbatang nipis..ini kerana harimau tergolong dalam cat family..so dia akan mencakar bila nak panjat..pada satu point, tarikan graviti akan menarik harimau tersebut ke bawah balik..jgn risau kalau kita xpandai panjat pokok..sebab once kita jumpa harimau, AUTOMATIK kita akan tahu panjat pokok..;)
3) Kalau jumpa beruang pulak, kita kena buat2 mati..ini sebab beruang hanya makan benda hidup..bukan bangkai atau benda mati..so bila dia tengah hidu2 kita, kita kena kuat tahan nafas..kalau xtahan, kena tahan2 kan jugak..;)
4) Kalau jumpa ular..immediately jgn bergerak.. ular akan mengesan sebarang pergerakan dengan getaran udara yang dikesan melalui lidahnya..selain itu, mata ular bukan mcm mata manusia dimana 2-2 di hadapan..so ular susah nak melihat mangsa dengan mata satu di kiri dan satu di kanan..sebab tue ahli2 pakar yang bermain dengan ular, bila dia nak cium ular tue dia akan datang dari hadapan. kami juga diberitahu, kalau kita nak mendekati ular, mestilah pastikan ketinggian ular tue di aras2 lutut..once ketinggian dia melebihi had tersebut, itu bermakna anda dalam bahaya..
So amacam ngan tip2 tadi?? Harap reader semua berpuashati la yer.. Ok xmo berceloteh lg.. Jom tgk pic kami bercanopy walk..
|
Our tour guide.. En Faizal..nama manja Jai..;p |
|
Kusyuk dengar tip2 dari En Jai.. |
|
Permulaan perjalanan..Bismillah.. |
|
Pendakian yang agak mencabar kekuatan lutut..;p |
|
Daun berduri ala2 gergaji.. |
|
Semut gergasi yang dilindungi FRIM.. |
|
Daun tapak hantu.. |
|
Ini dia pokok kacip fatimah.. |
|
Akibat di panah petir.. |
|
Belalai gajah.. |
|
Dari pandangan lantai hutan..sgt cantik kan..ini pokok kapur.. | | |
|
Gila besar batang pokok nie kan?? |
|
Boleh dijadikan tempat duduk 5 org..haha.. |
|
Ready to climb for canopy walk.. |
|
Antara laluan utk ke atas.. |
|
Que for our turn.. |
|
R u strong enough su?? |
|
Yeah..i manage to overcome my fear..;p |
|
View from the canopy..wu can see Menara Rebung ok!! |
Lepas berjaya naik turun Canopy Walk, kami sempat lg berposing kat dalam FRIM tue..
|
Di jambatan iklan Cadbury.. |
Amacam menarik x?? Kala rasa nak cuba, datang je ke FRIM nie.. tapi canopy walk tue ditutup setiap hari Jumaat kalau xsilap.. bayaran masuk ke FRIM rm3 satu kereta..nak naik canopy walk seorang rm5..murah je kan.. lepas peluh2 tue boleh la mandi di air terjun.. utk makluman, pihak Frim telah pun menaiktaraf kawasan air terjun tue utk keselesaan para pengunjung.. Rasa tenang je tau duk dalam Frim nie..bila lagi nak dekatkan diri ngan hutan kan???
~TAMMAT~
Kahkahkahhh kelakar tips akak nihhh. Ekekekek. Bab babi dgn harimau tuh.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan