Ipoh

Assalamualaikum readers..

Kami xpernah lagi sampai kat area nie.. Nak dijadikan cerita, ex-staff office kami mengundang kami ke walimatulurus dia di Ipoh.. so alang2 xpenah lagi ke sana, kami decide nak bermalam kat sana..  konon2 nak pusing puas2 la kawasan kat Ipoh nie..ditemani dengan 2 org member lagi..

So proses mencari hotel pun bermula..search punya search ada 2 pilihan hotel utk bermalam..satu Ecotel dan satu lagi kalau xsilap Hotel Bajet..2-2 pun bwh rm100 semalam..mula2 dah booking bajet hotel tue..tp bila telek punye telek..we oll choose Ecotel.. hotel itu hotel baru..so mesti cantik kan..

Kami bergerak dari KL dalam pukul 9..konvoi 2 kereta..tapi yang akan stay hanya 1 kereta jer..so perjalanan mengambil masa dalam 2 jam utk sampai ke destinasi di tuju..opposite STAR Ipoh kalau xsilap..dah makan2 dan jumpa pengantin semua, sudah tiba masa utk kami mengundurkan diri.. xsabar nak melawat kawasan sebenarnya.. 

Lepas berbincang, kami decide nak check in hotel dulu..hotel nie agak tersorok tau..berselindung di bahagian belakang shop lot..org xramai time kami sampai..so proses pendaftaran sgt cepat..so far hotel nie ok la utk org2 bajet cam kami nie..rasa worth it..lepas rehat kejap, kami straight ke Kuala Kangsar..so amik highway Plus balik..dalam 40 minit perjalanan jer..KK nie bandar di raja..kat situ ada Masjid Ubudillah, Muzium Di raja dan yang paling utama ada laksa KK yang fofular..


Pasangan yang di rai..
Credit to Agoda,com
Cantikkan Masjid Ubudillah nie..;)
Makan bersebelahan dengan Masjid Ubudillah..
Welcome to..
Time kami datang nie muzium nie di tutup..xtau kenapa..;(
Haa nie la laksa KK..kuah dia cair je..
Dari KK, kami ke Gerbang Malam.. mula2 sesat barat la gak.. pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak.. rupa2nye dekat je dengan bangunan BSN..Gerbang Malam nie sebenarnya ala2  'up town' kat Perak nie.. xde yang menarik pun.. kebanyakan peniaga adalah org Cina..barang2 kat situ sama je mcm kat uptown Danau Kota tue.. so xde mende pun yang kami beli..

Lepas penat berjalan, perut mula berkeroncong minta di isi..kat sini kami mengalami masalah besar..xtau nak makan kt mana..xnampak pun mana2 restoran tomyam atau melayu di buka..ke kami yang xtau cari???..puas tanya member2 yang penah duduk area Ipoh nie, semua xdapat membantu..one thing kami perasan, majoriti penduduk di sini ialah org Cina..so kebanyakan restoran yang ada semua restoran drg jer..dah penat pusing2, kami pun decide makan kat JJ jer..bajet JJ sini macam JJ kat Wangsa Maju la..sampai2 je kat food court tue, kami tgk kesemua kedai2 kat situ pun byk kedai bangsa Cina..makanan yang kami boleh makan semua dah hbs..gila kentang org Ipoh nie..kuat mkn kot.. tetiba ternampak kiosk auntie anne..so beli roti je la..

Then kami pun pulang ke hotel dengan perut yang xberapa nak kenyang..sampai je kat hotel terus meloncat atas katil nak tgk cerekarama..tengah2 sedap layan cerekarama..TIBA-TIBA..elektrik bilik kami terpadam..ah sudah..pe hal plak nie..check punya check, rupa2nya satu level blackout..nak dekat sejam jugak la kami bergelap.. hotel punya bahagian maintenance pun dh turun padang..tapi xley resolve apa pun..customer semua dh bising2..kami tanya kat kaunter kot2 la ada  bilik lain yang sama saiz atau besar sikit yang kosong..kalau kata kena topup lebih sikit pun xpe..unfortunately xde..time tue ada customer yang mengamuk terus check out dari hotel tanpa amik refund..marah betul tue..tapi kami sayangkan duit kami..mana boleh kasi free je kan..lepas amik duit balik, kami terus call hotel bajet yang kami mula2 booking tue..alhamdulillah masih ade kosong..apa lagi, terus kami check in ke sana..selamat jauh dia 20 minit jer..tue la org selalu kata, pilihan pertama tue selalunya pilihan yang tepat..amik ko..haha..




Keesokkan harinya, kami terus check out dan bersarapan di sebelah hotel..lepas kenyang kami ke Taman Rekrasi Gunung Lang.. taman nie dari lebuhraya PLUS dah boleh nampak..masuk ke situ free je..tapi kalau nak naik bot  ke kawasan sebelah dalam, rm3 seorang di kenakan.. taman tue pada kami cantik dan terjaga..cuma xde kedai jual makanan dan minuman..kalau pengunjung nak beli, kena beli kat pintu depan td tue..kat taman tue ade taman haiwan..tapi beberapa ekor je l yang ada..ok la tue..


Signboard nie dah boleh nampak dari PLUS highway..
Tenang je kawasan nie u olls..
Perkhidmatan bot yang disediakan..





Garang tau ini animal..
Seiring sejalan sekata sebajet..


Dinda2, cuba tgk ade ape kat atas tue??..eh2 kanda, kanda rasa ade ape ye??
Lepas dah berpuas hati menerokai Gunung Lang tue, kami bergerak ke Kellies Castle..Castle nie penah digunakan utk shooting drama pe ntah..kami guna jalan dalam menuju ke Gopeng..bajet nak cuci2 mata la tgk kawasan2 di sepanjang jalan tue..on d way nak ke sana, kami singgah sebentar di deretan kedai yang menjual buah limau bali..turun2 je kereta, semua penjual dah melambai2 ke arah kami..perghh rasa cam artis lak..hahaha xboleh blah.. tapi ada org kata, limau bali nie org tanam guna baja tahi babi..betul ke tak, xdpt nak dipastikan..

Perjalanan di teruskan menuju ke Kellies Castle..bayaran masuk rm4 seorang..kat situ kita boleh tgk senibina castle pada zaman British yang di ilhamkan oleh Kellie Smith utk family beliau..ada juga bilik Helen, anak Kellie Smith..ada juga jalan rahsia utk tujuan keselamatan..macam2 la ada..kena datang sendiri kalau nak tgk senibina yang gah pada zaman dahulu..sesekali belajar sejarah utk tambah ilmu pun bagus kan..




Sangat2 klasik..
 




 

Ade lif tau u olls..


Dekat rooftop..


Amacam??...klasik sgt kan..kalau sesiapa yang nak buat photoshoot boleh la datang sini..kompem cantik2 gambar yang u olls tangkap nanti..



~TAMMAT~
Ipoh Reviewed by Ana Suhana on March 13, 2012 Rating: 5

3 comments:

  1. Sha yang duduk perak nie pun tak sampai lagi taman rekreasi gunung lang tu Ana.. Kellie castle tu takat lalu je.. Memang tak pernah singgah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu macam tu lah sha. Org dekat mmg tak pergi pun. Selalu yg pergi org2 juah je. Hehe 😊

      Delete
  2. Dahh lama tak ke ipohhhh. Huwarghhhh nak makan char kuey teow kat dataran tuh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.