Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang l Assalamualaikum. Comel je kan nama Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni kan. Tapi disebabkan nama dan harga yang dijual tu, ayam goreng ni popular tau kat sini. Sebut je ayam macho, semua orang Selayang dah tau.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Kekadang tu bila Ana satu family rasa nak makan ayam goreng tapi rasa muak nak makan ayam kepci, atau perut rasa pedih nak makan ayam pedas mekdi, Ayam Goreng Macho lah kitorang tuju. Tokey tu kalau nampak mak atau suami Ana dari jauh dah angkat tangan. Maklumlah regular customer. Kadang tak perlu beratur pun. Terasa layanan VVIP sekejap. Haha.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni memang setiap hari beratur orang nak beli. Apa lagi kalau bulan puasa. Dah lah murah, sedap dan rangup pulak tu. Harga maintain je setiap tahun. Beza dengan ayam golek popular dekat sini. Setiap tahun mesti naik seringgit. Haha.
Ada sekali tu masa adik lelaki Ana kahwin, kitorang tempah lah ayam macho ni. Konon supaya senang kitorang tak perlu basuh dan masak ayam. Sekali jadi huru hara. Haha. Sebabnya orang berebut nak makan ayam macho tu.
Ada sekali tu masa adik lelaki Ana kahwin, kitorang tempah lah ayam macho ni. Konon supaya senang kitorang tak perlu basuh dan masak ayam. Sekali jadi huru hara. Haha. Sebabnya orang berebut nak makan ayam macho tu.
Kitorang ingat ayam macho tu side menu je sebab banyak menu-menu utama yang ada. Bayangkan baru je siap goreng, orang dah beratur nak amik ayam macho. Tak sempat sampai dekat tray makanan. Haha. Mak mertua dengan adik ipar Ana sampai teringat-ingat ayam macho ni lepas dari kenduri tu. Sedap katanya.
Baca juga : Nasi Daging Bakar Dapur Jumanji
Baca juga : Nasi Daging Bakar Dapur Jumanji
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni ada 2 bahagian je yang dia jual. Satu peha, satu lagi bahagian kepak. Macam Syafi hantu bahagian peha. Ana pulak lebih suka bahagian kepak sebab tak banyak isi. Tak lah cepat muak.
Kalau nak sedap lagi makan dengan nasi lemak yang dia jual. Tapi Ana sekeluarga lagi suka ratah macam tu je. Terasa kesedapan kerangupan tepung yang digunakan.
Pada yang teringin nak rasa Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni korang boleh je search dekat Google Maps Nasi Lemak Ayam Macho. Nanti akan keluar lah.
Lokasi dia pun senang nak jumpa sebab berdekatan dengan jalan utama nak ke Pasar Borong Selayang kalau dari arah Selayang / Sungai Tua. Waktu operasi setiap Isnin - Jumaat bermula pukul 5 petang hingga habis lah senang kata. So selamat mencuba.
Pada yang teringin nak rasa Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni korang boleh je search dekat Google Maps Nasi Lemak Ayam Macho. Nanti akan keluar lah.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang |
Ayam Goreng Macho
Jalan 11A
Selayang Baru
68100 Batu Caves
Selangor
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Reviewed by ana suhana
on
August 15, 2019
Rating:
Ayam goreng macam ni yang best kak. Ada satu keasyikkannya bila makan.
ReplyDeletewowww..tengok gambar ayam pun dah boleh rasa sedap ke tak.. nampak garing n rangup :-)
ReplyDeleteohhhh.. pakcik tahu ni.. (ayat citer p.ramlee) hahaha
ReplyDeleteWow this fried chicken looks so yummy
ReplyDeleteSedapnya Ana, lapa pulak rasanya ni hihi
ReplyDeletedh la tgh ujan lebat ni..tgk ayam goreng tu trus rs lpr
ReplyDeleteSedapnyaaa. Nmpk crunchy2 gituu
ReplyDeleteNak cuba juga lah nanti bila lalu sini..
ReplyDeleteRM1.00 kira murahlah
ReplyDeleteJauh sgt nak g ni kalau dr Ampang...kalau lalu ke rumah makcik nnt boleh cuba cariiii
ReplyDeleteWahhh... Boleh try ni nanti kalau lalu kat sana.
ReplyDeletedekat selayang ye..boleh tahan juga tgk ayam dia..rm1 murah tu..kot ke sana boleh cuba nnati
ReplyDeleteNasib baik jauh. Kalau dekat dah lama terjah. Murah pun murah. Rm1 saja
ReplyDeleteKat sini pun ada jual ayam goreng rm1, zira suka beli sedap
ReplyDeleteAduiii lapar ayam goreng pulak hee
ReplyDeletesedapppnya ayam goreng
ReplyDeleterasa nak makan ayam goreng pula..hehe
ReplyDeleteowh sodap ni. ratah gitu je memang heaven. hee
ReplyDeleteselalu ayam rm1 camni la laku..sedap berbaloi la dengan harga
ReplyDeleteWahhhh waktu operasi betul2 time orang balik kerja ni.
ReplyDeleteSemoga berjayalah kak laili nak cuba
Aamiinn.....😁
Tengok nama terus nampak macho ayam goreng singgit tu...hihi
ReplyDelete