Ketagih Daging Bakar dari Dapur Jumanji Sri Gombak


Ketagih Daging Bakar dari Dapur Jumanji Sri Gombak l Assalamualaikum. Baru-baru ni adik lelaki Ana dok promote kat Ana kedai baru kawan pejabat dia yang baru buka dekat area rumah Ana ni. Banyak kali juga dia bagi hint kat Ana suruh try. Ana pun ikutkan je sampaikan terjebak sama rasa Ketagih Daging Bakar dari Dapur Jumanji Sri Gombak ni.
Dapur Jumanji Sri Gombak
Dapur Jumanji Sri Gombak 
Ketagih Daging Bakar dari Dapur Jumanji Sri Gombak 

Kemain kan nama kedai dia tapi unik. Senang orang nak ingat. Korang yang tinggal di sekitar Sri Gombak, Batu Caves, Selayang dan kawasan sekitarnya boleh lah cuba menu-menu di Dapur Jumanji ni. 

Cakap pasal menu, menu-menu yang ditawarkan semuanya simple simple je. Antara highlight menu yang menjadi kegemaran pelanggan di sini ialah ayam goreng cheese dan daging bakar.

So masa first time order tu, Ana order lah set nasi putih + daging bakar (RM12) , ayam goreng cheese (RM7)  dan juga ayam goreng spicy (RM7). 

Sebab malas nak keluar, Ana op for delivery je. Senang kan. Tunggu dekat rumah lagi selesa. Tau tau makanan dah sampai depan pintu rumah. 

Untuk set nasi putih + daging bakar tu dia datang sekali dengan sup dan air asam. Air asam dia sedap bangat. Cukup rasa semua. Daging bakar tu pulak bukan main lembut. Gigit kejap je dah boleh telan.
Dapur Jumanji Sri Gombak
Dapur Jumanji Sri Gombak 
Dapur Jumanji Sri Gombak 
Ni kalau kata takde selera makan, korang cuba makan set nasi putih + daging bakar ni.  Sure terbuka selera korang tu. Ana sampai teringat-ingat lepas tu tau. Tu yang repeat order beberapa hari kemudian. Hehe.

Kemudian Ana cuba ayam goreng cheese dia. Ada 6 ketul satu bekas tu.
Dapur Jumanji Sri Gombak 
Cheese dia pun not bad banyak. Lebih dari cukup lah kalau korang nak dip dip kan lagi ayam dalam tu. Puas makan. Ade pedas pedas sikit dari chili flakes yang ditabur dekat atas ayam tu. Rasa cheese dia memang terbaik. Sebijik macam korang makan suasage cheese di TGV. Tak caya korang cuba lah sendiri.

Baca juga : Ayam Penyet Sedap di Kafe Dapur Aneh-aneh

Untuk ayam goreng spicy pulak, tak spicy mana pun sebenarnya walau nampak merah menyala membara  warna dia kan. Ada rasa manis manis sikit. Ala ala ayam goreng Korea gitu. But still worth to try.
Dapur Jumanji Sri Gombak
Dapur Jumanji Sri Gombak 
Masa order kali ke-2 tu Ana sempat lah buat video. As usual berpasangan dengan Syafi si kecoh yang kuat merosakkan video onde dia. Haha.
Pada korang yang berdekatan dengan Taman Sri Gombak jemput lah ke Dapur Jumanji ni. Untuk delivery atau nak tengok menu-menu yang ada korang boleh ke IG : DapurJumanji. Selamat mencuba. 
Ketagih Daging Bakar dari Dapur Jumanji Sri Gombak Reviewed by Ana Suhana on April 25, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Nampak sedap dan nampak comel Syafi dengan thumbsup nya..terliur pulak tengok daging bakar tu kak..nampak masih berjus daging bakarnya.

    ReplyDelete
  2. ayam cheese tu nmpk sedap.. boleh pi ni sbb dekat dgt gan rumah hehehee

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semua. Laparlah pulak tengok. Haha

    ReplyDelete
  4. sedap nmpk tu...wah dkt sri gombak je

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat makan daging bakar ..akak dh x leh makan daging dh...kang nnaik plak darah..hahaha..nampak sedap daging tu

    ReplyDelete
  6. uiiiii memang nmpk sedap nasib baik sy baru mkn nasi kerabu daging bakar hehehe x laa terliur sgt bla buka blog ni hehehe

    ReplyDelete
  7. Daging bakar dia aumm nampak tebal isi.. Mesti puas makan kan.. 😍 😍

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap tu... boleh oder dan ada delivery ke cyberjaya tak?

    ReplyDelete
  9. tak tahann laaa Sha tengok daging kambing tuhhh...

    ReplyDelete
  10. nampak juicy daging tu sedapnya lahai

    ReplyDelete
  11. sedapnyaa daging bakar!!! makan dengan nasi panas memang bertambah lah. tgok gmbar pun rasa fail orang y tengah diet.

    ReplyDelete
  12. alahaii semuanya nampak sedap.. kita singgah n follow sini ya.. sudilah singgah blog kita https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.