Kembara Thailand : Maeklong Railway Market & Damnoen Saduak Floating Market | Assalamualaikum. Bila sebut je melancong ke Thailand especially Bangkok, ada 2 tempat menarik di Bangkok yang popular yang korang wajib singgah. Rugi dah fly jejauh sampai ke sini kalau tak pergi ke Maeklong Railway Market & Damnoen Saduak Floating Market.
Ana mulakan tempat menarik di Bangkok dengan cerita tentang Maeklong Railway Market yang terletak sejam dari bandar Bangkok. Seperti pasar dekat Malaysia, Maeklong Railway Market adalah pasar tradisional Thailand yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran segar, makanan tempatan dan buah-buahan. Tapi apa yang menjadikannya tempat menarik di Bangkok ni istimewa adalah kerana lokasinya yang terletak di atas landasan keretapi. Ye atas landasan keretapi api u olls. Dalam sehari, kalau tak silap Ana sebanyak 2x keretapi akan lalu di pasar tersebut.
Maeklong Railway Market
Maeklong Railway Market
Maeklong Railway Market
Bila setiap kali keretapi lalu, para penjual akan segera menurunkan payung-payung yang dibuka serta mengalihkan barangan jualan ke tempat yang lebih selamat. Tapi bukan semua barang akan alihkan. Ada sesetengah barangan jualan seperti sayur-sayuran akan dibiarkan je di tepi-tepi landasan tu dan keretapi akan lalu dekat atas bekas-bekas sayur tu.
Maeklong Railway Market
Suprisingly, takde satu pun barang atau sayur-sayur tersebut rosak atau pecah u olls. Dan lepas keretapi lalu, para penjual akan segera buka payung mereka dan memulakan perniagaan seperti biasa. Wow kan? No wonder Maeklong Railway Market ni terkenal sebagai salah satu tempat menarik di Bangkok dan terkenal di seluruh dunia. Jutaan pelancong datang ke Bangkok semata nak saksikan Maeklong Raiwlay Market ni tau.
Maeklong Railway Market
Tak bahaya ke dekat sana? Logically memang lah bahaya sebab korang berdiri terlalu dengan dekat landasan tu semasa keretapi.
Maeklong Railway Market
Cuma korang kena extra carefull je lah. Normally kita akan berdiri di celah-celah penjual atau di kawasan lapang yang ada. In fact keretapi tu slow sangat so korang sempat je nak 'selamatkan' diri. Hehe.
Macam mana nak tau keretapi nak lalu? Senang je. Sebabnya dari jauh korang dah boleh dengar hon dari keretapi tu. Masa ni ramai yang dah beratur dekat tepi-tepi landasan untuk merakam saat-saat keretapi tu lalu.
Maeklong Railway Market
Dari Maeklong Railway Market, Ana meneruskan perjalanan ke satu lagi tempat menarik di Bangkok iaitu Damnoen Saduak Floating Market. Kira-kira 30 minit perjalanan dari Maeklong Railway Market.
Macam kita semua tahu, Thailand memang terkenal dengan floating market terutama di wilayah Bangkok dan Hat Yai. Tapi yang paling popular sebagai tempat menarik di Thailand ialah Damnoen Saduak Floating Market.
Damnoen Saduak Floating Market
Cuma di floating market sini, hanya sebilangan kecil saja yang berniaga di atas sampan. Selebihnya berniaga di tepi rumah yang juga terletal di tepian sungai tu. Menurut fakta, market ni merupakan simbolik cara perniagaan orang-orang Thailand zaman dulu.
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market ni sebenarnya lebih kepada tempat pelancongan sebab kebanyakan harga barangan yang dijual agak mahal. Kalau tak, tak kan sampai ada peniaga yang sediakan perkhidmatan pembayaran guna kad kredit. Curlass sangat kan. Nampak je macam old school berniaga atas air tapi main kad kredit u olls.
Bagi yang kaki shopping, dekat Damnoen Saduak Floating Market ni korang boleh lah beli pelbagai barangan kraftangan yang unik-unik sampai lah ke barangan cenderahati dan makanan. Nanti pemandu bot akan berhenti di setiap kedai-kedai yang ada. Oh ya korang akan di bawa naik bot pusing kawasan floating market tu lebih kurang dalan 45 minit - 1 jam tau.
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Tapi macam Ana bagitau harga agak mahal berbanding harga di pasar HatYai. Barang yang sama tapi harga berbeza. Korang kena pandai tawar penawar. Yang penting hanya tawar bila rasa nak beli je. Kalau sekadar bertanya lepas tu tal beli, siaplah korang. Jelingan maut menanti korang. Haha.
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Bagi yang nak mencuba makanan tempatan Thailand pun boleh. Dari pulut mangga sampai lah ke coconut icecream semua ada dekat sini.
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Ada satu ada satu area tu, sampan dan bot akan bergesel antara satu sama lain sebab terlalu padat dekat kawasan tu. Masa ni korang kena lah jaga tangan korang takut tercedera. Agak bahaya juga masa ni.
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Pit stop terakhir, korang akan diberhentikan dekat satu kedai untuk shopping. Kot kot nak survey dengan harga di kedai-kedai tepi sungai tadi tu kan. Ada macam-macam barang dekat kedai ni. Ada hasil kraftangan, hiasan rumah, topi, bakul anyaman, baju, beg semua ada. Pilih mana yang berkenan. Ana? Sekadar cuci mata saja. Hehe.
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Ok lah tu saja cerita tentang kembara Thailand Ana kali ni. Habis dah cerita tempat menarik di Bangkok. So tinggal esok harinya saja sebelum pulang ke rumah ku syurga ku. Sebelum melepasi border, ada satu lagi tempat menarik di Thailand yang Ana sempat singgah untuk merasai pengalaman naik bot kampung. Dekat mana tu nanti Ana share dalam entri akan datang ok. Pai pai.
Kembara Thailand : Maeklong Railway Market & Damnoen Saduak Floating Market
Reviewed by Ana Suhana
on
January 15, 2019
Rating: 5
Maeklong Railway Market ni rasanya kerap juga dijadikan tempat pengambaran filem la kak..PC ada tengok tapi tak ingat cerita apa.Bila kak Ana kongsi ni lebih jelas.Seronok tengok.Unik pun ya. Terpandang pulah buah nona dalam perahu tu..hikhikhik.
Boleh jadi rambang mata juga tengok brg2 mcm ni.. tak sampai lagi Bangkok area Maeklong railway market. Hari tu Mem sy je pergi dgn group geng2 wanita semua, jadi segan nak ikut, tp skrng rasa menyesal pula tak pergi haha :D
Husband ajak travel kat belah Thailand tapi saya tak yakin nak berjalan dengan 2 anak kecil kat luar Malaysia. Haha..rugi je kan. Sejak jadi mak2 ni asyik fikir pasal anak je..berat tu nak dukung sambil jalan..
Maeklong Railway Market ni rasanya kerap juga dijadikan tempat pengambaran filem la kak..PC ada tengok tapi tak ingat cerita apa.Bila kak Ana kongsi ni lebih jelas.Seronok tengok.Unik pun ya.
ReplyDeleteTerpandang pulah buah nona dalam perahu tu..hikhikhik.
Rabia tak pernah pergi lagi Thailand ni
ReplyDeletemenarik ni, mmg ada dalam wishlist. Tunggu anak besar sket kot
ReplyDeletewahhh.. menarik tempat ni :)
ReplyDeleteMenariknya market dekat railway tu.. teringin juga nak pergi..
ReplyDeletewahh! baru tahu tempat ni. meanrik ni, nak pergilah sini
ReplyDeleteSeronoknya dapat experience macam ni. Saya teringin nak pergi Thailand tapi belum jumpa gang lagi.
ReplyDeletemeriah tgk makanan kt thailand...ana ngan topi ala2 hiphop gtu
ReplyDeleteTetiba rasa nak ke Bangkok bila tengok entri Ana ni. Semua aktiviti rare tu.
ReplyDeletekena pi lagi Bangkok nih, kami tak sampai sini lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah lah kereta api nya slow jer hehehe
ReplyDeleteBoleh jadi rambang mata juga tengok brg2 mcm ni.. tak sampai lagi Bangkok area Maeklong railway market. Hari tu Mem sy je pergi dgn group geng2 wanita semua, jadi segan nak ikut, tp skrng rasa menyesal pula tak pergi haha :D
ReplyDeleteHusband ajak travel kat belah Thailand tapi saya tak yakin nak berjalan dengan 2 anak kecil kat luar Malaysia. Haha..rugi je kan. Sejak jadi mak2 ni asyik fikir pasal anak je..berat tu nak dukung sambil jalan..
ReplyDeleteTeringin nak pergi sini, menarik sangat tempat ni.. harap dapat pergi satu masa nanti he he he
ReplyDeleteseram juga tengok pasal railway tu..seram tengok masa keretapi allu..hehe..tapi unik..
ReplyDeletetak sabar nak gi sini, Ana.
ReplyDeletenext week aida ke bangkok :)
in shaa Allah...