Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018
Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018 | Assalamualaikum. Siapa sangka Malaysia juga mempunyai muzium coklatnya tersendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya. Bagi peminat-peminat coklat, korang pasti akan rasa teruja apabila dapat merasai sendiri pengalaman menyusuri muzium coklat yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini. Pelbagai maklumat menarik tentang coklat ada di sini. Oleh kerana itu, Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018.
Chocolate Museum Kota Damansara |
Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018
Bayangkan tatkala pintu muzium ditolak, korang sudah boleh terhidu aroma coklat yang segar yang pastinya membuat korang terliur dan terbayang kelazatan coklat. Walaupun muzium coklat ini tidak sehebat Chocolate Museum di Brixton, Chocolate Museum Vienna Austria, Museum Hershey dan Chocolate Museum Collogne German, namun Chocolate Museum Kota Damansara ini perlu dibanggakan kerana ianya setanding dengan muzium coklat antarabangsa yang lain. Dan lebih membanggakan lagi, muzium coklat ini direalisasikan hasil dari cetusan ilham anak tempatan iaitu Dato' Dahlan Mohd Rashid, Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn. Bhd.
Chocolate Museum Kota Damansara |
Baca juga: Kebaikan Coklat Untuk Kesihatan Manusia
Latar Belakang Muzium
Untuk pengetahuan semua, Chocolate Museum ini telah dibuka pada 16 Januari 2014 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan telah menarik lebih dari setengah juta pelawat. Ia merupakan salah satu dari program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat Dr Group Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan pengeluar dan pengedar terbesar coklat di Malaysia. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk antarabangsa.
Chocolate Museum Kota Damansara |
Chocolate Museum Kota Damansara |
Selain dari menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt, Chocolate Museum juga menyediakan Galeria Coklat bagi pencinta coklat semua.
Apa yang menariknya di galeria ini korang yang berpeluang untuk membeli belah hampir 130 jenama coklat antarabangsa dan tempatan daripada 30 buah negara pada harga serendah 30-40% dari harga pasaran. Antara jenama yang ada ialah Ferrero, Hershey's, Lindt, Mars, Daim, Cadbury, Nestle, Fidani, Farells, Millton dan Danson.
Diskaun Sempena Tahun Baru Cina
Ada lagi berita baik buat korang semua. Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan datang, Chocolate Museum Kota Damansara akan menawarkan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama antarabangsa dan tempatan pada 9-11 Februari 2018. So save the date dan ajak semua kawan-kawan dan ahli keluarga ke sini ok.
Lawatan Berkumpulan
Chocolate Museum Kota Damansara |
Chocolate Museum Kota Damansara |
Chocolate Museum Kota Damansara |
Chocolate Museum Kota Damansara |
Chocolate Museum Kota Damansara |
Waktu Operasi
Chocolate Museum Kota Damansara dibuka SETIAP HARI bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang. Dan bayaran masuk adalah PERCUMA. So boleh lah plan bawa anak- anak dan adik-beradik ke sini untuk merasai keterujaan berada di dalam muzium coklat pertama di Malaysia ni.
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari socmed Chocolate Museum seperti di bawah:
Laman Sesawang :
Facebook :
Instagram :
No Tel :
03-7490 4260
Alamat :
No 2, Jalan Teknologi 3/5
Taman Sains Selangor 1
47810 Kota Damansara
Selangor
Chocolate Museum Kota Damansara - Lokasi Wajib Dikunjungi Tahun 2018
Reviewed by Ana Suhana
on
December 25, 2017
Rating:
bestnya, kalau masuk muzium ni mesti rasa dunia ni ana (saya) yang punya haha
ReplyDeleteSeronok juga dapat peluang ke sini kan Ana.. dapat tengok cara buat coklat n dapat rasa coklat mahal.. ehehe..
ReplyDeleteBestnya dah makin menarik.. Boleh bawa anak-anak ini..
ReplyDeleteWow! Masuk percuma. Kalau balik Malaysia nanti, saya nak ajak parents saya datang sini lah :D
ReplyDeleteTak pernah pergi lagi! T_T
ReplyDeletewow, yang ni mmg menarik, lagi2 hantu coklat mcm mrs pip ...
ReplyDeleteimma big fan of chocolate and i need to be there
ReplyDeletecoklat ohh coklatt :D
ReplyDeleteWaww bestnyaa. Dia buat macam macam dengan coklat tuee. Boleh belajar jugak eh. Interesting!
ReplyDeleteBestnya kalau gi sini dengan anak. Pasti mereka teruja. Coklat sana sini sinun....
ReplyDeleteBestnya !! Chocolate is happiness. Sbb tu kalau sedih2 mkn chocolate. Pengubat duka 😆
ReplyDeleteEh Kak Murni pon ada 🙋🏻♂️
wah bestnya ada tempat baru nak shoping coklate lepas ne
ReplyDeleteTak tau Malaysia ada muzium coklat ni! Nak bawa family ye
ReplyDeletesronok la dpt p muzium coklat ni..ada tgk juga kwn2 pegi sebelum ni tp akak pn tk smp2 lg
ReplyDeleteSyurgaa..
ReplyDeleteOk x harga coklat2 dia ana
baru tau ada chocolate museum kat damansara..huhu. coklat upin ipin pun ada ye. best ni klu dpt pergi
ReplyDeletememang menarik..dah pernah pergi dulu
ReplyDeletewah.. belum ada rezeki lagi untuk sampai ke sini. nampak menarik lagi2 untuk adik2 yang suka makan coklat tu. hahaha
ReplyDeletetak jauh dari rumah mak..insyaallah nak pergi juga nanti
ReplyDeletebestnya.. dapat pergi tempat chocolate dihasilkan.. dapat belajar cara buat coklat lagi tu.. best2!
ReplyDeleteWah bestnya dapat pergi museum chocolate ni. Saya dari dulu lagi nak pergi ke muzium-muzium and kilang coklat yang ada. Tapi tak terpergi-pergi lagi
ReplyDeletebestnya , bukan je budak suka org dewasa pun teruja
ReplyDeleteWah seronok ni kak...teruja pula nak pegi...kalau bawa anak-anak atau kanak-kanak mwsti mereka seronok...yang dewasa teruja...terutama bagi penggemar coklat...
ReplyDeleteeh dekat je ni dengan rumah, nanti bolehlah pergi jalan2 shopping sana :D
ReplyDeleteWow, saya tak pernah tahu tentang kewujudan muzium coklat ni. This is interesting. I might bring my husband here, and let my family members know about this. They are chocolate lovers, while I'm not.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Seronoknya Syafi makan cekelat. Harus mama pergi tahun depan ni. Kam ni dah le hantu coklat
ReplyDeletebestnyaa muzium coklat. memang sesuai penggemar coklat macam momi ni hehee
ReplyDeleteSubhanAllah.. menariknya muzium coklat ni. Thanks share. Boleh bawak anak pergi bulan 1 ni 😊😊
ReplyDeletewaaaa.. bestnye...kena terjah ni klo singgh KL...
ReplyDeleteada pernah dengar pasal muzium ni di IKIM dalam tahun lepas kot. teringin sangat nak pergi, sudahnya sampai ke choc museum di penang dulu. hehehe
ReplyDeleteNnt Bonde nak pergilah Muzeum Chocolate ni... menarik juga, Dulu Bonde pernah pergi lawatan bersama PUSPANITA Daerah ke Kedai Chocolate dekat KL memang best juga tapi yang tu chocolate untuk di import agak tak mampu kalau nak beli harga chocolate mahal.
ReplyDeletexpenah dgr lagi pasal chocolate museum ni, wahh baru tahu... best tul.. coklat mmg xpenah mngecewakan
ReplyDeleteBestnya masuk percuma. Tapi skarang ni tengah diet... Susah nak fokus diet kalau pergi muzium coklat ni, semua nak dirasanya nanti
ReplyDeletewow bestnya ke muzium ni. boleh juga tambah ilmu tentang coklat kan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Seronoknya...nak nak mcm mcm coklat ada...Mimi hantu coklat okey
ReplyDeleteWow bestnya siap ada muzium coklat ni nak pergi ni !
ReplyDeleteseronooknya ada muzium coklat ! =D
ReplyDelete