Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu



Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu | Assalamualaikum. Salah satu masakan Terengganu yang Ana suka selain dari nasi dagang dan nasi bukhari ialah laksa kuah putih. Kalau dekat KL Ana panggil tu kuah laksam. Cuma laksam dia makan dengan mee yang macam kuew teow tu tapi laksa kuah putih ni dia makan dengan laksa biasa tu.
Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu
Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu

Resipi Laksa Kuah Putih


Kalau ikut orang Ganu asal dia akan campur dengan belacan dan pes cili masa makan tu. Dan cara nak makan ialah dengan guna tangan je bukan sudu macam Ana ni. Hehe. Ni resipi Ana salin dari mak mertua. Bila tengok senang sangat nak masak laksa kuah putih ni. Hasilnya memang sedap sangat tau korang. Satu mangkuk for sure tak cukup untuk sekali makan. Percayalah!!

Baca juga : Resipi Ketam Masak Kari Rempah Darat


BAHAN-BAHAN

1. Laksa - 1 pek
2. Kelapa - 1-2 biji (parut bahagian putih dan perah dengan air masak untuk dapatkan dalam 4 cawan santan)
3. Ikan sardin / kembong - 4-5 ekor
4. Bawang besar - 1 biji (dikisar)
5. Serbuk lada hitam - sedikit
6. Asam Keping - 2 keping
7. Ulam-ulaman - kacang panjang, taugeh, timun, bunga kantan, limau nipis/kasturi (di hiris)
8. Belacan - di bakar sedikit
9. Pes cili

CARA-CARA

1. Laksa di rebus sehingga lembut. Kemudian tos airnya.

2. Ikan di siang sehingga bersih dan di rebus dengan sedikit air, garam dan asam keping. Kemudian ambil isi ikan sahaja dan di kisar.

3. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan  santan, isi ikan kisar, lada hitam dan bawang dan panaskan dengan api sederhana.

5. Masukkan garam sesedap rasa.

6. Kacau sehingga hampir mendidih (tidak  perlu sampai mendidih) dan tutup api.

7. Sedia di hidang. Masukkan laksa ke dalam mangkuk, kemudian isi kuah dan hiaskan dengan ulam-ulaman serta belacan dan pes cili.



Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu Reviewed by Ana Suhana on November 18, 2017 Rating: 5

22 comments:

  1. tbh sha suka laksa versi ni dari yang kuah koko eh hahaha tapi susah nau nak dapat. thankyou share resepi!

    ReplyDelete
  2. PC suka apa pun laksa...tapi oleh kerana keluarga baik belah PC atau belah En Suami kurang gemar...PC slow juga...kalau teringin biasa beli je sikit2 kak Ana...tq kak Ana share resipi ya...

    ReplyDelete
  3. sungguh sedap. pernah merasa yg org buat je. tqq share kak :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Mama mmg penggemar laksa. Laksa putih ni Sama ke dgn laksam

    ReplyDelete
  5. Cayaaaalah orang selangor boleh masak makanan terengganu, mesti sure confirm pasti sedap. Aihh telan airliur ambe haha

    ReplyDelete
  6. Ana, terliur sis tengok gambar laksa kuah putih ni kerana laksa adalah my all time fav..

    ReplyDelete
  7. Wah..sedap ni. Kena merajinkan diri buat laksa kuah putih pulak lps ni hehe

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi cuba laksa kuah putih nie.. Macam best je..

    ReplyDelete
  9. Pes cili tu kira, cili kering yg dikisar ke? Boleh la agak2 rajin cuma resepi ni.. bahan dia lebih kurang kuah laksa johor -
    saliza sachari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga sis. Yg kami guna cili boh ready dari terengganu.

      Delete
  10. selalu tertangguh nak buat.. huuuhhhh. kita mampu
    tengok aje niiii..sebab rakyat tak minat bnda cemni

    ReplyDelete
  11. laksa & laksam mmg fav...mak akak pn slalu buat sbb kami ore klate

    ReplyDelete
  12. Masa merantau dulu, suka sgt masak kuah ni, makan dgn spagheti.
    Memang sedap..
    Nak lagi mudah, ikan tu guna yg dalam tin jer (any fish in brine).. blend dan rebus dah siap :)

    ReplyDelete
  13. Hakak ni belasah aje Ana semua pun makan. Cakap ajelah laksa apa....tp kalau nak buat sendiri kena fikir banyak kali sebab tak semua yg suka. Kang buat banyak hakak jugak sendiri yg habiskan haha...

    ReplyDelete
  14. busyra tak pernah try laksa terengganu. nmpak menarikk

    ReplyDelete
  15. Ibu memang suka makan laksa

    Lagi yang pekat dan pedas

    ReplyDelete
  16. Makan laksa pakai tangan . Uihh tak dapat bayangkan . Selalu guna sudu garpu ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami di pantai Timur (Kelantan dan Trengganu) memang makan laksa guna tangan, baru UMPH.. memang nampak menjijikkan, tapi nikmatnya, hanya mereka yang cuba saja yang tahu. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Cuba sendiri la yer..

      Delete
  17. Ambo ore kelate, pun makan laksa kuah putih serupo Trengganu jugok.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.