Makan Malam Sambil Layan Busker di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam


Makan Malam Sambil Layan Buskers di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam l Assalamualaikum. Sabtu lepas masa balik dari cook show di Glenmarie Ana decide untuk saja bermalam di Shah Alam. Sebabnya esok ada lagi satu cook show di SACC. Kesian pula dekat En Suami kena ulang alik Selayang -Shah Alam walaupun tak jauh mana kan. Jadinya malam minggu tu Ana try makan malam sambil layan buskers di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam.
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Makan Malam Sambil Layan Busker di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Memandangkan sepanjang malam tu hujan Ana just ajak En Suami makan di kawasan berdekatan hotel je. Petang tu sebelum check in kitorang dan survey dulu kedai-kedai makan yang ada dekat situ. Bila nampak Mios Kitchen ni terus ajak En Suami cuba makan dekat sini. Nampak macam meriah je dari luar.

Masa Ana sampai dekat restoran ni dalam pukul 8. Masa tu hujan baru renyai-renyai lagi. Elok je duduk tengok menu hujan bukan main lebat turun. Kalau lambat sikit confirm basah kuyup dibuatnya. Walaupun hujan lebat, pelanggan tetap ramai yang datang ke sini. Rata-rata bawa keluarga yang ramai. So nampak macam femes juga lah Mios Kitchen ni. Mesti sedap kot Ana pikir masa tu.

Mios Kitchen menyediakan pelbagai jenis menu untuk dipilih. Memang pening juga lah nak pilih nak makan apa malam tu. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Ada pilihan kombo lagi kalau yang nak tong tong dengan kawan-kawan. Dan yang best harga dia pun murah wei untuk kawasan macam Shah Alam ni. No wonder lag ramai yang singgah makan dekat sini. Ada hidangan barat, Melayu dan juga sedikit makanan Korea iaitu ramen. Mula-mula teringin juga nak makan ramen tu tapi tengok semua menu ramen ada perkataan spicy so macam tak berani lah Ana nak cuba makan sebab masih sedar diri ada gastrik. Lagipun nak kena kongsi makan dengan Syafi kan. Tak boleh nak maik pedas-pedas kang budak kecik tu ada alasan kukuh tak nak makan. Huh. Agak kempunan di situ. Huhu. Moh ler tengok apa yang Ana order malam tu.

1. Nasi Goreng Chicken Chop - RM13.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Memang pilihan yang terbaik untuk 2 orang makan macam Ana dan Syafi. Tu pun nasi goreng tu tak boleh nak berapa habis jadi minta En Suami tolong perabiskan. Memang agak besar portion dia sebab nasi goreng tu dan berat kan. Bila ada pula chicken chop yang sama berat so faham-faham sendirilah. Nasi goreng tu memang kepingan ham dipotong kecik dan ada juga sayur campur.  Manakala chicken chop tu dilimpahi dnegan mushroom sauce dan dimasak sempurna. Takde langsung bahagian yang tak masak which is Ana sangat particular tentang tu. Tak suka sebab nak kena tunggu masak sekali lagi dan  nanti rasa dan tekstur dia dah tak sama macam mula-mula. Menu ni juga ada salad sekali. Macam best pula makan nasi goreng dengan chicken chop dan salad. Dressing salad tu yang buat sedap. Tapi tak tahu dressing apa dia guna.

2. Beef Double Cheese Burger - RM9.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Pilihan hati En Suami. Memang nampak menarik burger ni. Tetiba rasa macam nak order burger ni juga tapi memikirkan nasi goreng yang banyak tu terpaksa padam kan hasrat. Dah nama pun beef double so ada dua tingkat patty dalam tu. Rasanya ni homemade patty Mios Kitchen. Patty dia memang lembut, tebal dan juicy. Sedap dan memang kena dengan selera kami. Selamat En Suami bermurah hati kongsi dengan Ana. Nak potong burger tu pun senang sebab lembut kan. Burger menu macam biasa didatangkan dengan fries. So confirm akan kenyang at the end. Next time kalau ada rezeki ke sini Ana nak order burger ni pula.

3. Meat Ball and Mash Potato - RM8.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Konon ni sebagai starter lah katanya sementara nak tunggu main menu sampai kan. Sekali amik ko agak mengenyangkan. Tak boleh nak berhenti makan meatball dan mash potato dia. Sedap. Mash potato tu sangat halus tekstur dia, dan rasa dia pun sedap. Bila makan dengan kuah meat ball tu lagi lah sedap rasa dia. Meatball pula lembut. Rasanya sama macam patty atas ni cuma bila dah dibulat kecil-kecik jadi tak berapa memuakkan. Habis Ana dan En Suami pedal menu ni. Syafi tengok je sebab dia tak suka mash potato. Kata dia tu makanan baby sebab lembik. haha.

4. Creamy Mushroom Soup -RM5.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Sebab dah faham sangat yang Syafi tak suka makan mash potato, Ana orderkan dia mushroom soup. Ni salah satu favorite dia. Duk menganga je setiap kali nak suap dia. Takde menolak langsung. Memang sedap pun mushroom soup dia sebab En Suami pun tak berhenti menyuap dalam mulut sendiri. Hehe.

5. Blended Chocolate Orea - RM9.90
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam

Ni Ana saja je order sebab tetiba rasa macam nak try ice blended kan. Masa sampai air ni Ana macam...wahhhhh ni agak memuakkan. Dengan cream dan oreo atas tu yang melimpah ruah confirm susah nak habis ni. En Suami dah bantai senyum sumbing. Haha. Tapi jangan tak percaya Ana berjaya habiskan walaupun kekenyangan tahap apa dah masa tu. Slow and steady orang kata. :)

Memandangkan hujan lebat masa tu Ana takdelah makan tergesa-gesa. Just enjoy the food and keep chill. Lagi best masa kita makan tu kita dihidangkan dengan persembahan nyanyian busker. Halwa telinga orang kata. Suara dah lah sedap nyanyi pula lagu-lagu yang best memang layan habis. Sampai rasa nak nyanyi sekali. Tapi korang jangan pula makan sambil menyanyi. Takde adab dah tu. hehe. Sebelum balik tu kita bagi lah tips ikut suka kita dekat bsukers tu. Mereka pun mencari rezeki kan. Sama-sama berkongsi.



Mios Kitchen ni ada beberapa cawangan tau korang di sekitar Puchong, Petaling Jaya dan Klang. Yang dekat Seksyen 15 ni di buka seawal pukul 9 dan korang boleh singgah breakfast dekat sini. Tapi ditutup setiap hari Isnin. Korang kalau nak buat event dekat sini pun boleh. Kalau setakat nak sambut birthday tu muat lagi dekat bawah tu. Cuma kalau event besar korang boleh je sewa hall yang ada di tingkat atas. Harga Ana tak tahu so korang try lah call Mios Kitchen ye.
Mios kitchen seksyen 15 shah alam
Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam
Pic : FB Mios Kitchen Shah Alam

Overall memang puas hati makan dekat sini. Suasana santai, pekerja ramah, makanan sedap, restoran bersih dan servis pun baik. No service charge lagi. GST tak boleh nak tolak lah kan. Hehe. Nak cuba makan kat sini boleh waze je Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam.

Facebook :

Instagram :

Laman Sesawang:
http://www.mioskitchen.com/

No Tel:
03-5523 6946

Alamat :
No. 13-G
Jln Tukul N 15/N
40200 Shah Alam
Malaysia








Makan Malam Sambil Layan Busker di Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam Reviewed by Ana Suhana on November 27, 2017 Rating: 5

23 comments:

  1. Rajin betul Ana pi JJCM la...jeles je...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari isnin ana

    Wah seramnya nampak air oreo coklat tu

    Hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya, lagi sedap makan sambil layan busker

    ReplyDelete
  4. shah alam ni byk tmpt mkn..cuma kena rajin terjah je la...nanti ada kesempatan bole la try..syok la check in hotel..yela dh alang2 event kawasan shah alam kn

    ReplyDelete
  5. Seronoknya..serius rasa teruja nak cuba...musim hujan ni kan Kak Ana...menikmati makanan santai..subhanAllah nikmatnya...

    ReplyDelete
  6. Wow! Blended chocolate Oreo dia nampak sedap sangat tapi mesti manis.

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik sekali... bestnya boleh nyanyi buskers

    ReplyDelete
  8. sedap kan mios kitchen ni! Tapi lama jugak kena tunggu. Kalau lapar sangat memang boleh buat marah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kak ana makan dekat sini hari tu cepat juga makanan sampai walaupun orang ramai masa tu.

      Delete
  9. Wah.. nampak sedap lah kat sini Ana, nak kena cuba lain kali kalau ke Shah Alam..

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak ana nasi ayam blackpeper tuuu.. meleleh air liur ni, hehe

    ReplyDelete
  11. Tak jauh dari ofis akk nim nanti boleh cuba..ice blended tu mengancam habis

    ReplyDelete
  12. Sedapnya menu2 yang disediakan..tengok makanan tu waktu tengah lapar, meleleh air liur dibuatnya 😁

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Teringat pula meatball delivery yang Mrs. A rajin order tu
    Unfortunately sekarang ini dah takde lagi huhuhuhu...

    ReplyDelete
  14. wah dekat dah ni, terima kasih kongsi ana bila2 boleh akak bawa anak2 pergi ni sebab menunya kegemaran anak2 nih

    ReplyDelete
  15. Wah nasi goreng chicken chop memanggil2

    ReplyDelete
  16. Burger tu...macam rasa dipanggil panggil.

    ReplyDelete
  17. Bestnye. Dua tiga tahun dulu banyak restoran di area Ipoh yang buat konsep ni, tapi sekarang dah tak de lagi. Slow. Disebabkan oleh ketiadaan pengunjung sejak kos hidup semakin naik. Kat area Ipoh ni dah tak berapa meriah dah.. Huhu

    ReplyDelete
  18. dah dekat adgn opis mama ni. mak mertua mama suka mios ni selalu ajak amam tapi mama x sempat lagi nak join dia

    ReplyDelete
  19. Nampak menarik jugak menu Ana tu. Alahai keciknya perut Ana ye. Kalau hakak tu sekali hadap je habis haha...
    Alaaaa teringinlah pulak nak makan meatball. Benda benda gini hakak dan anak anak mmg suka.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.