Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap
Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara - Harga Murah Servis Mantap | Assalammualaikum. Malam Sabtu yang lepas, konon plan nak makan shell out dekat satu cafe di Selayang. Sekali masa sampai tengok orang punya ramai dan ada yang tengah berdiri tunggu meja kosong. Nak book memang tak boleh. Jadi bincang punya bincang Ana makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe cawangan Kota Damansara. Restoran ni ada juga di Kota Bahru, Tanah Merah dan Melaka. So korang yang duduk dekat area ni boleh lah ke cawangan yang terdekat.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara |
Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara - Harga Murah Servis Mantap
Selayang ke Kota Damansara dalam 20 minit je. Mujur tak jammed sebab dah malam kan. Nak cari restoran ni senang sangat sebab boleh guna waze je. Lagipun restoran ni terletak sederet dengan butik-butik terkenal seperti Mumu Scarves, Vendville Ash&Annas. So senang jumpa.
Malam tu Ana makan malam dengan satu keluarga except ayah Ana. Ayah memang susah nak bawa pergi makan. Nak bawa pergi jalan pun kena tau apa yang dia suka. Hehe. Masa sampai dekat sini dalam pukul 9. Pelanggan masih ramai masa tu tapi masih ada tempat duduk kosong. Dont worry.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara |
Duduk-duduk je pelayan terus bagi menu. Tak susah nak pilih menu dekat sini sebab menu dia tak terlalu banyak. Bagus juga sebab kalau lagi banyak lagi susah dan lama nak pilih kan. Dan selesai bab order sementara menunggu tu moh ler kita bergambar dulu. Acara wajib seorang blogger katanya. Haha.
Tengah-tengah bergambar tup tup air dan makanan pun sampai. Memang cepat gilerrr orang kata. Superb service. Tak dan nak menunggu lama dah. Ni antara makanan yang Ana sekeluarga order malam tu.
1. Sizzling Chicken Chop + Nasi Goreng - RM12.90
2. Chicken Chop - RM10.90
3. Chicken Chop Crispy + Sphagetti Bolognese - RM12.90
4. Ayam Penyet - RM9.90
5. Chicken Chop Crispy Cheese Leleh- RM12.90
1. Sizzling Chicken Chop + Nasi Goreng - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara |
2. Chicken Chop - RM10.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara |
3. Chicken Chop Crispy + Sphagetti Bolognese - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara |
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara |
5. Chicken Chop Crispy Cheese Leleh- RM12.90
Overall memang sangat puas hati. Harga dah lah murah. Tak lebih RM15 setiap menu yang ada. Makanan semua sedap. Portion pun agak besar. Siap boleh kongsi dengan orang lagi. Pelayan pun friendly and helpful. Tengok lah gambar atas tu siap dia masuk bergambar sekali. Haha. Restoran pun bersih dan terang serta fully aircond. Senang cakap sangat selesa lah makan dekat sini. No complaint masa Ana ke sini. Satu keluarga puas hati. Nak belanja orang makan dekat sini pun boleh sangat. Korang kalau nak ke sini boleh lah waze D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara.
Menu :
Instagram :
Alamat :
No. 36G - 32G
Jalan PJU 5 / 20D
The Strand Damansara
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Waktu Operasi :
Sabtu – Khamis
12:30 petang – 11.30 malam
Jumaat
5.15 petang – 11.30 malam
Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap
Reviewed by Ana Suhana
on
November 26, 2017
Rating:
melelh juga cheese tu..nmpk menarik..murah juga
ReplyDeleteMenariknya chicken chop dia
ReplyDeletebest, portion besar harga affordable.
ReplyDeleteSemuanya nampak sedap...protion besar dan harga murah...lengkap di situ...lapar perut...
ReplyDeletemacam best jeee. nnt nak try pegi sini jugak la
ReplyDeletewah sedapnya makanan2. kafe pun comel
ReplyDeletemurah lah ana kafe ni...portion pun banyak...puas hati lah camni makan...
ReplyDeleteMakin berkembang cawangan restoran ni
ReplyDeletebaguslah
alternatif kepada franchise asing
Tengok kuantitinya pun banyak tu kak Ana...berbaloi dengan harga...puas hati kakau begini...alhamdulillah :)
ReplyDeleteSizzling chicken chop dengan nasi goreng tu nampak sedap sangat! Harga pun okay je :D
ReplyDeletesedap. Boleh cuba kalau tersesat ke sana.. hihi
ReplyDeleteChicken chop feveret tau.. Meleleh ailio tgk
ReplyDeleteYang ada cheese tu nampak mengancam.. Ohsem..
ReplyDeleteWowww! Chicken Chop Crispy Cheese Leleh tu mengancamnyaaa. :D
ReplyDeleteterliur pulak tgok gmbr. harga boleh tahan tak mahal sngat
ReplyDeleteTengok gambar-gambar tu nampak sooo temptingggg
ReplyDeletehttp://hanysapek.blogspot.my/
sedap2 nampak semua menu2 tu
ReplyDeleteHarga pun berpatutan .kalau ditengok food presentation menarik . Tergugat tengok chicken chop yg banjir dgn black paper sause
ReplyDeleteNampak sangat menyelerakan
ReplyDeleteMaju dah d apple ni
ReplyDeletedulu pernah jatuh sampai nak muflis
Boleh jadikan next tempat makan nak dituju. Hihihi.. bab makan memang ku laju.😂 -SALIZA SACHARI-
ReplyDeleteNampak sedap harga pon boleh tahan murah. Boleh try nanti
ReplyDeleteok terus lapar. sungguh mengugat keinginan nk diet bila bca entri ana. hehehe
ReplyDeletekenapa kak ana slalu jjcm niii. jeles tau tak.. huaaa. nak jgkk.
ReplyDeleteaa, depan office mek je yang KB tu. makanan dia ok. masa mek pregnantkan Amzar alah giler dengan kedai dia. masuk je kedai dia macam nk pengsan pening bau sos lada hitam. bila dah beranak ok pulak. hahaha
ReplyDeletealahai sedapnya.. harga pun ok tu. boleh cuba ni
ReplyDeleteSporting sunggu suami Ana ye sanggup pergi Damansara. Style cafe mmg itu itu ajelah menunya ye Ana. Tapi memang nampak sedaplah. Hakak pun dah terliur ni tau. Ana punya menu tu best, boleh rasa 2 jenis, spaghetti dengan chiken chop hihihi...
ReplyDeleteBergelodak perut ni ha tengok makanan semua sedap2..kedai ni dalam The Strand ke?
ReplyDelete