Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas


Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas | Assalamualaikum. Cerita bercuti di Cameron minggu lepas tak habis lagi. Memang saja buat entri berasingan supaya boleh plan nak update apa untuk blog. Kalau dah cerita dalam satu entri, next takde idea nak update apa dah. Hehe. Hari ni Ana nak share 2 tempat menarik di Cameron Highlands  yang wajib korang singgah dan terjah. Boleh kira tak lengkap lah trip korang kalau tak pergi ke Cameron Bharat Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas ni.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas


Cameron Valley Bharat Tea Plantation terletak di Ringlet iaitu 5 km dari Tanah Rata. Ia di usahakan oleh sebuah keluarga berasal dari Uttar Pradesh, India. Bharat Tea Plantation merupakan pengeluar kedua terbesar di Malaysia yang mengeluarkan Cameron Valley Tea.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Dekat Cameron Bharat Tea ni ada kafe yang menjual pelbagai jenis kek, roti, aiskrim, jem strawberi dan air teh untuk di nikmati sambil menjamu dengan pemandangan ladang teh yang menghijau. Kafe ni memang sentiasa penuh dengan orang especially hujung minggu. Kalau korang sampai dan jumpa meja kosong, cepat-cepatlah chop sebab lambat sikit confirm melepas. Orang kalau dah dapat duduk memang lama nak bangun. Maklumlah ada view cantik dekat tepi tu kan. Kali ni Ana dapat meja dekat area luar berhadapan dengan ladang teh tu. Seronok sangat. Rasa tenang je lepak sambil minum petang dekat sini. Brownies dekat sini memang terbaik. Lagi-lagi bila makan dengan aiskrim vanila. Korang jangan lupa cuba tau.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Dekat sini kalau korang nak turun dekat ladang teh tu pun boleh tau. Memang ramai akan turun pun. Masing-masing tak nak lepaskan peluang posing dekat ladang teh. Macam-macam ragam dan gaya korang boleh tengok dari atas kafe ni. Masa posing memang best lah, cuba bila turn nak panjat tangga naik semula ke arah kafe. Boleh semput di buatnya. Ana masa tu rasa macam tak boleh nak bernafas rasanya sebab tergedik berlari kejar Syafi. Sekali amik ko. Tak cukup oksigen rasanya. Haha.

Baca juga : Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Kalau dekat Cameron Valley Bharat Tea Plantation Ana tempat untuk Ana minum petang, Boh Tea Centre Sungai Palas pula tempat untuk Ana sarapan. Cewah macam orang-orang kaya pulak rasa. Hehe. Sebenarnya Ana suka ke sini waktu pagi sebab nak naik ke Tea Centre ni kena menapak agak tinggi juga. Kereta hanya dibenarkan naik sampai ke atas untuk drop and take off penumpang saja. Kalau pergi masa lunch atau petang agak panas cuaca dekat sini. So Ana prefer pergi masa pagi-pagi. Cuaca pun sejuk.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Jalan masuk untuk ke Boh Tea Centre Sungai Palas ni betul-betul berhadapan dengan apartment yang Ana stay dekat sini iaitu The Retreat Aranda Nova. Nak sampai ke Tea Centre ni korang kena lalu jalan yang bengkang bengkok. Tapi jalan dekat sini dah di besarkan sedikit compare masa Ana ke sini tahun 2014 yang lepas. So agak selesa lah nak drive ke sini. Pemandangan kiri kanan semua ladang teh. Ada beberapa point korang boleh berhentikan kereta dan turun ke ladang teh untuk bergambar.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas


Kafe dekat sini sama je macam dekat kafe Cameron Bharrat tu. Ada jual pelbagai pastries dan kek. Dekat sini Ana suka tuna pastries dia. Sedap dan lembut kulit puff dia. 2 biji Ana sorang je makan.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas

Sebelah kafe ni pula ada kedai menjual pelbagai jenis teh untuk di bawa pulang. Dekat sini terdapat beberapa jenis teh yang hanya di jual di sini. Dalam erti kata lain takde di jual di tempat lain. So korang boleh lah beli banyak-banyak buat stok macam Ana beli. En suami memang hantu teh so beli stok untuk dia saja. Harga pun reasonable. Nak beli kan teh sebagai sourvenir pun ada. Comel-comel je packaging dia. Cuma agak mahal juga lah tapi memang nampak eksklusif.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas

Ok tu je cerita untuk kali ni. Lepas ni tinggal satu lagi entri je tentang tempat menarik yang ada di Cameron Highlands ni. Ke mana Ana pergi lagi kita tunggu next entri ok.






Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Valley Bharat Tea Plantation dan Boh Tea Centre Sungai Palas Reviewed by Ana Suhana on August 22, 2017 Rating: 5

20 comments:

  1. Always in love with Cameron Highlands :D

    Especially pasar malam diaaa haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. last pegi cameron masa belum kawin...lps kawin tk jejak pn...bila ajak husband die mcm xminat...sian wifenya hehe....yg tmpt teh tu yg Boh Tea Centre Sungai Palas ni xsmp lg...yg 1 lg dh pernah pi

    ReplyDelete
  3. mmg lama gila nak gi cameron.. sebab nak naik atas tu kena redah jln yg berliku.. hahha
    kita ni cepat muntah..hahha

    ReplyDelete
  4. tu tempat scene Lisa Surihani dengan Aaron dalam filem OmbakRindu kan. masa pergi CH dulu tak sempat nak ke sini. bila baca entri Ana tentang CH membuak2 rasa nak pergi lagi. heeee

    ReplyDelete
  5. Windulah nak pergi Cameron Highlands... suka lepak sana

    ReplyDelete
  6. Besttnyaa sambil tengok view cantik, layan teh cameron

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ana suhana. Saya pun baru lepas balik cameron minggu lepas

    hujan memanjang. Sejuk sangat

    tapi orang tetap ramai

    ReplyDelete
  8. walaupun Dilah dah pegi cameron ni 3x dlm masa 5 thn tp ladang teh boh ni tak penah jejak lagi.. masa rombongan sekolah rendah dulu je penah gi teh boh tu. next time nak try naik sini pulak.. hehe

    ReplyDelete
  9. betul ana...kalau hari minggu memang payah la sikit...orang ramai kan...lina lebih suka pergi hari biasa...tenang sikit orang tak ramai..

    ReplyDelete
  10. Suka sangat tengok gambar Sis dgn Syafi berlatar belakangkan ladang teh tu...

    ReplyDelete
  11. Mmg cantik Sgt pemandangan Sana pulak Tu menikmatinya sambil minum teh panas huh best

    ReplyDelete
  12. gambar semua nampak menarik,
    especially yg ladang teh tu, seluas saujana mata memandang ...

    ReplyDelete
  13. Dah lama saya tak jejakkan kaki ke Cameron Highland tapi penah jejak la jugak kat Cameron Valley Bharat Tea Plantation..cuma dulu tak secantik sekarang...

    ReplyDelete
  14. Siqah tak pernah pergi Boh Tea Centre Sungai Palas. Entah kenapa kalau ke CH mesti pergi Cameron Valley Bharat Tea Plantation je. Senang jumpa yang tu je kot. Hihi. NAnti nak pergi lepas ni kalau bekesempatan ke sana lagi.

    Siqah suka CH. Walaupun tak sejuk sangat dan tempat sama je, tapi best naik CH <3

    ReplyDelete
  15. Baru-baru ini Mrs. A pergi Bharat Tea jer.. Sg Palas tak pergi pun

    ReplyDelete
  16. Beberapa kali nsik CH tak sampai lagi Tea Sg Palas. Ada sekali nak pergi tu dah ptg, ada sekali tu tak jumpa tempat....sampai sudah tak pergi lagi Ana.

    Nampaknya kena naik CH lagi ni hihi...
    Cantikkan view kat ladang teh ni tp tulah....penat nak jalan

    ReplyDelete
  17. subhanallah cantiknya view =) xperna lagi sampai ke sini wlu nita tu ada, insyallah pnjg umur nti dan kalo ada rezeki lebih. Kat sabah pun ada tea garden, tp xdapat nak jalan2 sb masa dtg tu hujan huhuhu

    ReplyDelete
  18. ya allah cantiknya ciptaan allah. ni yg buat uyul nak bercuti ke cameron ni.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  19. mmg cntik view nyaa kak anaa. termasuk dgn modelnyaaa. hehe

    ReplyDelete
  20. Cantik pemandangannya.. Sha suka beli teh yang berperisa buah-buahan.. hehehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.