Update : Hotel Ramada telah ditutup. Simpan sini buat kenangan jer.
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza | Assalamualaikum. Nak sambung entri trip ke Melaka awal Mei lepas. Rasa macam dah banyak up entri pasal hotel di Melaka, tapi tak habis-habis lagi. Mohon korang jangan bosan. Ye lah, 6 hari kot check in dekat Melaka. Balik kampung pun tak lama macam ni. Hehe. Lepas check out dari Euro Rich Hotel, Ana Ana check in di Hotel Ramada Plaza Melaka. Ni merupakan hotel ke-3 Ana check in sepanjang trip tersebut.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza Kredit : Agoda
|
Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza
So far, this is the best hotel Ana pernah stay. Gila tak best, 5 star international hotel tu. Harga Hotel Ramada Plaza pun tak lah mahal mana. Less than RM250. Dapatlah merasa duduk hotel 5 star untuk 2 malam. Sebenarnya Ana stay dekat sini sebab En Suami ada kursus di sini. Ikutkan hati boleh je Ana stay dekat hotel sebelum ni tapi En Suami nak senang kerja so dia booked bilik di sini terus.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
Lokasi Dekat Dengan Bandar & Tempat Tarikan Utama
Hotel Ramada Plaza ni terletak di Jalan Bendahara. Kalau dari bandar lebih kurang dalam 5-10 minit jer. Untuk ke The Shore Sky Tower boleh jalan kaki je. Dari bilik dah boleh nampak bangunan The Shore tu. Memandangkan Ana stay weekdays, so pukul 1 lebih macam tu dah boleh check in. Proses check in pun cepat je.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
Lepas settle check in, amik beg dekat kereta terus naik ke bilik. Tak sabar nak rehatkan pinggang sebenarnya. Buka-buka pintu je terus nampak bilik dia yang luas tu. Macam biasa lah, budak kecik tu yang paling over. Tak menyempat nak buka kasut terus berlari ke arah tingkap. View memang cantik juga lah sebab menghadap Sungai Melaka. So boleh lah nampak river cruise yang lalu. Monorail yang baru beroperasi pun boleh nampak juga. Memang best.
Baca juga : Hotel Sentral Riverview Melaka
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
First thing bila masuk hotel, perkara yang Ana akan check ialah toilet. Perkara paling mustahak tu. Buka-buka pintu toilet terus tersenyum simpul sebab memang bersih gilerrr. Nak juga bagitau, toilet Hotel Ramada Plaza ni toilet paling best so far. Bukan senang Ana nak rasa selesa dan suka dekat toilet hotel tau. Haha. Sebabnya toilet dekat sini luas dan susun atur dalam toilet pun bagus. Shower area tertutup so toilet sentiasa kering. Tak risau dah pasal licin especially bila si kecik tu masuk toilet. Area untuk "membuang" pun luas dan selesa. Luas dia macam shower area sesetengah hotel.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza Kredit : Agoda |
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
Untuk di Hotel Ramada Plaza ni, Ana stay di bilik premier. Basically untuk bilik premier ni ada 2 katil single, 1 meja kerja dan 1 meja minum kopi. Fasiliti seperti mesin keselamatan, iron board, toiletries, coffee and tea semua tersedia. Wifi pula bukan main laju lagi. Takde buffer langsung. Memang seronok sangat. Memang sepanjang 3 hari tu dok on laptop sambil update blog dekat meja yang ada tu. TV pula agak besar dan siaran bukan main banyak. Sampai tak tahu nak tengok yang mana satu. Semua genre korang boleh tengok. Last-last buka Kid's channel untuk si kecik tu. Maknya layan YouTube. Satu yang Ana perasan, kalau kita guna laptop, wifi connect sepanjang masa tanpa limit. Tapi kalau connect guna HP kena renew password setiap hari. Just call receptionist dan bagitau no bilik, nanti dorang akan bagi new password.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
Sepanjang stay dekat sini memang Ana tak ke mana-mana. Ye lah En Suami kursus dari pagi sampai malam. Ada pula masa nak bawa kitorang keluar. So makan memang makan dekat hotel atau dalam bilik je. Breakfast memang included so untuk makan malam atau tengahari just order thru room service je. Nak order bukan pakai call tau. Kena order online guna remote tv je. Nanti dekat tv tu akan terpampang menu-menu yang ada pada hari tu dan tinggal korang nak click yang mana satu je. Bapak canggih. Hehe. Kalau compare harga pula, nampak macam mahal tapi bila pikir kalau nak makan dekat luar, sama je harga dia. Macam Ana order nasi ayam dekat sini, portion dia boleh kenyang untuk masa yang lama untuk Ana dengan Syafi. Pinggan sudu dia pula punya lah berat. Berhati-hati juga lah masa nak bawa ke atas meja tu. Hehe.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
Cuma untuk sarapan ada sedikit kekurangan. Sebabnya sepanjang 2 kali sarapan dekat sini, menu dia sama je. Tapi overall ok lah sebab ada banyak juga pilihan. Antara menu sarapan yang ada macam nasi lemak, mee goreng, mee sup, roti canai, kuih muih dan pelbagai jenis roti. Kalau kata korang malas nak turun sarapan, malam sebelum tu boleh je book untuk sarapan di bilik secara online macam Ana order makanan atas ni. Nanti room service akan hantar makanan ke bilik korang. Kekurangan dia ialah makanan yang di hantar limited.
Secara keseluruhan, Ana memang puas hati sangat menginap dekat sini. Masa nak check out rasa beratnya hati nak keluar sebab dah selesa sangat kan. Tapi kena sedar diri juga lah kan yang laki ko tu bukan kerja cop duit. Hehe.
|
Hotel di Melaka - Hotel Ramada Plaza |
Tapi berat hati tu tak lama pun sebab En Suami kata untuk malam terakhir di Melaka, kitorang akan check in satu lagi hotel yang tak kurang bestnya. Hotel yang lama dah Ana 'aim' kot. Nanti Ana cerita di entri akan datang ok. Thanks for reading :)
wah, explore hotel ye.. baguslah nanti mama boleh refer bila ke melaka nanti
ReplyDeleteNice entri . Kalau kalau sesiapa nak berkunjung ke negeri lain, entri ni dah lengkap ceritakan
ReplyDeleteBestnya Ana.. Kak Sue pun tengah planning nak bercuti nie..
ReplyDeletemmg best kak ana hotel tue..tiap2 tahun kilg kite buat dinner kt situ...:P
ReplyDeleteRamada Plaza ni dh lama kat Melaka..dan mmg hotel yg tip top...Melaka pun lokasi untuk makan angin yg best...akk sukaaa
ReplyDeleteuih lawa sangat hotel ni. kalau Ain, tak keluar bilik dah. bertapa je la macam beruang kutuk. kihkihkih
ReplyDeleteMenarik juga hotel ni..
ReplyDeleteSama la kita ana. Mesti check toilet dulu.hehehe
ReplyDeleteWah! lamanya cuti-cuti kat Melaka.
ReplyDeleteSaya memang dah pernah tido situ.
ReplyDeleteNo pblem.
Murah harganya dengan status 5 star hotel ni.
ReplyDeleteEntri Ana buat Siqah semangat nak pergi Melaka, nak tidur hotel je. Hihi
lama dah tak pergi jalan ni..
ReplyDeleteWahhhh patut la cantik dan classy. 5 star rupanya. Best pengalaman ni.
ReplyDeleteCantiklah view dari bilik hotel tu...
ReplyDeletecantiklah hotelnya.. lama dah CT x jalan2 ke Melaka. kalo pergi pun balik hari..
ReplyDeletesetuju jugak part toilet tu...first place yg dtgk bila check in mana2..
ReplyDeleteview dy agak menarik..no wonder 5 star kan..
wow.. mmg cantik hotel tu, view pun cantik.. rasa nk duk situ sj...
ReplyDeleteni hotel legend bagi aida.
ReplyDeletesejak aida kecik, maintain gah di situ.
tuko nama aje 1-2 kali.
dulu kala tak byk hotel. ramada ni la yg dah ada.
Lepak lepak dalam hotel pun best....tukar angin...hihi
ReplyDeleteCantiknya hotel dia k.ana
ReplyDeleteBerbaloi bayar mahal, keadan bilik dan makan semua okay...
ReplyDeletemmg susa nak move on kalo tmpt pginapan best mcm ni. rasa bbaloi untuk bayar bila dpt service yg cun2 dgn harga yg ditawarkan =D
ReplyDelete