Sedapnya Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara Ni!!


Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara l Assalamualaikum. Ada pencinta Char Kuey Teow dekat sini?? Kalau ada kita geng. Sis memang suka sangat makan char keow teow. Kalau sebelum ni sis ada kongsi pasal Ayam Golek Mesra di mana seminggu sekali mesti sis akan beli ayam golek ni untuk makan malam. Kali ni sis nak share lagi satu makanan yang memang sis akan beli sekali seminggu iaitu Char Kuey Teow Bonda yang terletak di Kampung Bendahara, Sungai Tua, Batu Caves.
Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara
Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara
Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara

Memandangkan sekarang ni susah nak dapatkan char Kuey teow yang sedap dan kena dengan selera sis, jadinya bagi sis Char Kuey Teow Bonda ni yang terbaik setakat ni. Selera masing-masing kan. Hari tu masa keluarga mertua datang nak ziarah Syafi bersunat, sis belikan char Kuey teow Bonda ni untuk jamu mereka. Semua pun kata sedap dan puas hati.
Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara
Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara
Char kuey teow biasa berharga RM5.50 tapi kalau special macam yang sis order ni harga dia RM11. Mahal kan tapi berbaloi. Udang besar-besar dan kerang bukan main meriah lagi. Sampai muak sis nak telan. Selalunya sis order char Kuey teow extra telur mata dalam tu, tu pun dah cukup sedap. Sampai tak cukup satu bungkus. Huhu.

Char Keow Teow Bonda Kg Bendahara
Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara
Selain dari Char Kuey Teow, ada juga nasi lemak kukus dan pelbagai lauk-pauk di jual sekali. Orang yang berhenti beli memang ramai sampai jammed dekat traffic light depan tu. Tapi sis prefer char kuey teow dia je sebab bagi sis nasi lemak dia tak boleh lawan nasi lemak depan rumah sis ni. Hehe. Tapi char Kuey teow Bonda memang terbaik.

Kalau korang yang duduk area berdekatan dan nak mencuba rasa char Kuey teow Bonda ni, boleh lah guna Google Maps di bawah ni untuk ke sana. Taip je Nasi Lemak Bonda, sampailah nanti. Nak makan dekat sini pun boleh tau.

<
Sedapnya Char Kuey Teow Bonda Kg Bendahara Ni!! Reviewed by Ana Suhana on April 25, 2017 Rating: 5

52 comments:

  1. nampak sedap (^_^).Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    https://ucingkadayan.blogspot.com/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. tu yg tiap2 minggu mesti singgah beli.

      insyaAllah nanti ana join =)

      Delete
  2. Sedapnya Ana.. anak dara Kak Sue peminat Chaw Kuew Teow, kena cari nie nanti 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga lah kak. kena dengan selera sy. hehe. boleh lah cuba nanti kalau singgah di Selayang. 😘

      Delete
  3. Sha yang tengok nie pun dah telan air liur ana.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kena cari lah lepas ni nampaknya sha. 😘😘

      Delete
  4. Meriah kerang tu yang seronok...betul..PC pun biasanya akan minta telur mata kalau beli char kuey teow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. kak ana suka je makan dengan telur mata. puas hati sgt rasanya 😘😘

      Delete
  5. Terliurnya tengok udang dia tuuu. Berbaloiii dgn hrga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. udang bukan main gabak lagi. hehe. berbaloi dengan harga dia. 😘

      Delete
  6. dekat je dgn rumah, bolh la hunting ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba. mana tau kena dengan selera awak kan. 😘😘

      Delete
  7. Memang suka sangat CKT ni.
    Kalau order mesti nak yang secial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak. Kalau dpt yg pandai masak memang sedap rasanya.

      Delete
  8. Tue dia char keow teow dengan udangnya.. memang meleleh air liur dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang,kerang dan telur wajib ada dlm CKT Shikin. Kalau tak, tak sedap jadinya 😘

      Delete
  9. huhu..tetiba rasa nk makan kuehtiaw petang ni...laparrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat WM yg famous Mali's lah kan kak. Boleh lah beli nanti. Hehe 😊

      Delete
  10. Fav akak ni....nak2 meriah dengan kerang..wallaweiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak. All time fav ni. Makan pula dengan cili jeruk. 😋😋

      Delete
  11. Besarnya udang.. 😍😍

    Banyak pulak tu.. Char kuey tiaw ni kesedapannya bergantung pada kuah nya ❤

    Susah juga nak cari kedai yang buat kena dengan citarasa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husniey. CKT ni bergantung pada kuah dia. Kalau sedap memang beratur pjg. Kalau tak boleh tutup kedai. Hehe 😊

      Delete
  12. Sedapnya kak! tengok ja dah tahu sedap huaaa. dah la banyak udang + kerang.
    Memang susah nak dapat yang sedap kalau makan char keow teow ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap mengikut selera akak lah. So far ni yg terbaik dlm byk2 yg ada dekat sini. 😊

      Delete
  13. Kita geng sis! Saya hantu char kuew teow. hehe
    Udang dia besar-besarnyaa. Menggiurkan betul. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh sep sikit. Boleh lah jumpa nanti kita pekena CKT ye. Hehe 😘

      Delete
  14. Allahuakbar.. sedapnye char kuew teow ni.. udang bapak besoo.. memang terbaik dr ladang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bapak besar lea udang dia. kerang pun melambak2. jenuh dah habiskan.

      Delete
  15. Yaallah...meronta ronta hati saya nak pegi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah lah lina kalau ade dekat area baru caves. tp belah ptg je tau. weekend tutup.

      Delete
  16. kalau macam tu saya sanggup bayar mahal pun akak...Sekarang ni sepinggan RM6, udang 2 ekor, tu pun saiz hidup segan mati tak mahu, hahaha. Kerang apa lagi, korek2 pun jumpa sekor dua je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal semua sekarang ni Mai. susah nak cuba yang sedap dan banyak kerang walaupun harga mahal.

      Delete
  17. charkuetiaw 1 pleaseeeee...tambah kucai lebih ok..hehe

    ReplyDelete
  18. this is so devil!I love char kuey teow ~ will try it out soon ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. should try here. i just love the tatse and this is among the best in batu caves area.

      Delete
  19. Ha a... Char Kuey Teow ni kalau tak de kerang mcm tak mabeles kan Ana... hakak pun suka CKT yg berlambak kerangnya.
    Terliur pulak bila Ana ckp makan kerang sampai muak gituuuu....mmg meriah sungguh tu!

    Mahal tak pe kan Ana janji bendanya berbaloi baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. biar bayar mahal janji sedap dan puas hati kan. CKT memang wajib ada kerang. kalau takde tu namanya kuew teow goreng kan kak.

      Delete
    2. setuju dgn ana.
      mahal tapi sedap, rasa berbaloi membayar dan memakan nyer kan :)

      Delete
    3. betul tu. dari byr murah tp menyakitkan hati kan. hehe

      Delete
  20. SEDAPP pulak tengok char koey teow nih...lama tak makan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba lokman kalau dekat dengan batu caves. tp weekend rasanya tutup.

      Delete
  21. Tak selamat diet kalau baca post kak ana.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun rasa mcm fail je diet akak ni Jasmi. hahaha

      Delete
  22. daymmmm char kuey teow. lama x makan. air liuq ni lak rse nak meleleh nengok XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh lah cari lepas ni. kang kempunan susah dear. hehe

      Delete
  23. Replies
    1. kak ana suka sebab kena dengan selera akak. cubalah auni kalau ade dekat sini.

      Delete
  24. mak aii! marbeles nyer gambo.
    my feveret ni ana...

    ReplyDelete
  25. ok ni mmg sedappppp... terliurr arghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terbaik setakat ni di sini :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.