Bandung: Jalan ke Kawah Putih

Assalamualaikum

Okey hari nie sambung dari cerita semalam.

Di sebabkan perbezaan waktu 1 jam lewat dari waktu Malaysia, pukul 4 pagi dekat sini dah Subuh. Dari bilik hotel dah boleh dengar azan Subuh. Ini satu kelebihan kalau melancong di tempat ramai orang Islam. Senang nak tau kalau dah masuk waktu solat. Pukul 5 lebih dah terang benderang dekat luar. Kenderaan pun dah start banyak. Sarapan start pukul 6. Sebab dah janji dengan Pak Wan nak gerak pukul 7.30 so tepat2 pukul 6 kami semua dah turun untuk sarapan.


Menu utama ialah nasi. Ada nasi kukus dan nasi goreng. Lauk ada daging, sayuran dan keropok. Side menu ada lontong, bubur, roti dan buah2an.

Tepat pukul 7.30 kami dah terpacak depan pintu hotel. Pak Wan terlambat sikit sebab stuck dalam macet. Bandung gitu loh.
Depan pintu hotel.

Aktiviti pertama kami hari nie ialah ke Kawah Putih yang terletak di tanah tinggi daerah Ciwidey di selatan Bandung.  Kira2 2 jam perjalanan. Jarak dari hotel hanyalah dalam 45km tapi di sebabkan macet, perjalanan memakan masa yang lama. Dengan erti kata lain, masa habis dalam macet jer.

Kalau ikut plan asal kami nak ke Tangkuban Perahu. Tempat wajib pergi pergi bila berada di Bandung. Bajet nak pergi 2-2 sekali pada hari yang sama tapi tak dapat sebab Tangkuban Perahu terletak di utara Bandung. Kiranya dua laluan yang berbeza walaupun hanya sejam perjalanan dari hotel. Di tambah pula dengan macet, lagi la impossible. Ok kenapa kami tak ke Tangkuban Perahu saje sebab its a must visit place right. Sebabnya Pak Wan advice better ke Kawah Putih kerana harga tiket masuk sekali ganda murah dari sana. Kemudian di sana terlalu sesak dengan penjual jalanan. Lepas tue kalau nak ke kawasan aktif gunung berapi kena jalan kaki lagi dan caj tambahan di kenakan. So kami decide ke Kawah Putih saje.

Sebelum naik ke Kawah Putih, kami singgah sebentar di kawasan rehat di pintu masuk Kawah Putih  dan di jamu dengan air strawberry fresh from oven sebagai welcome drink. Otak2 pun ada di jual. Panas2 lagi. Melazat kami makan. Tapi yang nie kena bayar sendiri. Harga seketul otak2 ialah Idr4k sekitar RM1.20. Mahal kan tapi sedap. So tak kisah sangat. 
Cafe yang terdapat di kawasan R&R di kawah putih.

Melazat makan otak2 Bandung.  Penjual strawberry pun ada. Sangat murah ok. Sekotak kecil ada 2 lapis hanya Idr10k sekitar Rm3. Strawberry dia sangat fresh. Lagi sedap dari Cameron. Seriously.


Kat belakang gambar atas tue kedai cenderahati. Tapi kami tak masuk sebab nak kejar masa.

Kawah Putih merupakan sebuah tasik yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi Gunung Patuha. Tanah di sini berwarna putih sesuai dengan namanya. Manakala air tasik pula berwarna putih kehijauan. Ini terjadi hasil dari tindakbalas sulfur dari letusan gunung berapi. Bau sulfur juga agak kuat Dan boleh menyebabkan sesak nafas. Tapi jangan risau kerana terdapat ramai penjual jalanan yang menjual topeng muka.

Bayaran masuk untuk pelancong asing ialah Idr50k sekitar Rm15 seorang. Untuk naik ke atas, terdapat kenderaan yang di panggil ontang anting di sediakan dengan harga Idr15k seorang dan hanya akan berjalan bila dah cukup orang. So kami decide naik guna van sendiri dengan kadar bayaran Idr150k. Sama jer kos kalau naik ontang anting cuma tak perlulah menunggu hingga cukup orang.
Taaaraaa.. Inilah ontang-anting. Atau nama kat KL, buggy. hehe
Sepanjang hari tue cuaca mendung dan ketika kami sedang menikmati pemandangan tasik, tetiba hujan mulai turun. Memandangkan semua dah puas bergambar, kami decide untuk meneruskan perjalanan.

Selain topeng muka, khidmat sewa payung juga ada di sediakan oleh penjual jalanan.
Cantikkan view kat sini. Sedap mata memandang.






Aktiviti seterusnya ialah makan tengahari bertemakan makanan Sudan di Suang Gawur. Tempat dia cantik, selesa dan makanan pun sedap. Di tambah pula dengan hujan lebat bertambah lazat rasanya.
Ikan masin ala2 pekasam.
Pecel yang memang terbaik. Nak suruh mak buat la nanti.
Main menu. Sambal tue yang jahat. Pedas2 pun tak boleh nak stop.
Tugu kasut sebagai landmark di Cibaduyut.
Pic courtesy : Google.com 
Lepas makan dan solat di situ, kalau ikut rancangan asal ialah aktiviti memetik strawberry. Tapi di sebabkan hujan, kami terus ke Cibabuyut untuk cuci mata barangan kulit. Cibaduyut merupakan pusat penjualan kasut di Bandung. Kalau ke sini, mana2 kedai semua jual sepatu bak kata orang Bandung.
Yang nie nampak jer macam kulit tapi bukan yer. Sebab dah terbekenan sapu jer la. Harga dalam RM40++. Quite reasonable.
Seterusnya kami ke D'Fashion untuk cuci mata kain ela. Kedai nie macam Jakel la lebih kurang. Ayah jer yang shopping kain untuk jubah. Kami yang lain tengok2 jer sebab takde keperluan nak beli kain.

Tanpa sedar dah tiba waktu makan malam. Nampak tak, tak banyak tempat boleh pergi sebab masa banyak habis dalam macet. Lagi2 la hari hujung minggu, bertambah sesak. Bukan kata pelancong asing, pelancong tempatan pun turun ke Bandung especially penduduk Jakarta. 

Makan malam kami di sebuah restoran ala2 Fullhouse iaitu Djoeroe Masak Pavilion. Dekorasi di dalam restoran sangat cantik dan tersusun. Ingat dapat makan western sekali makanan tempatan juga. Selalu makan nasi sekali sehari. Dekat sini 3 kali sehari. Mau tak muak. Haha.




Tetap nasi u ollss... Alhamdulillah..

Selesai makan terus balik bilik. Tak larat nak jalan dah. Bambam pun pengsan terus tak bangun2. Yang lain pulak masih meneruskan aktiviti window shopping di kedai2 sekitar hotel.

Mula2 time planning aktiviti, hari kedua nak ke Trans Studio Bandung. Dah berangan awal2 sebab tempat tue salah satu tempat yang ada dalam diari impian percutian kami. Tapi dengan masa yang terhad, terpaksa lah di lepaskan. Takde rezeki kami lagi.  Next entri sis share tempat shopping pulak ye. Tunggu.




Bandung: Jalan ke Kawah Putih Reviewed by Ana Suhana on March 26, 2015 Rating: 5

3 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.